Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Monday, September 26, 2011

Kawalan Emosi Dalam Pelaburan
OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting...seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet " if you cannot control your emotions, you cannot control your money". Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh Berita US (Obama) telah Print Duit Kertas sebanyak 2 billion.... Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.

Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.

Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah...amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.

Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih "when inflation occurs, gold prevails"....

Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing. Hubungi saya jika anda berminat!!!


www.pokli.com
019-6645066

Friday, August 26, 2011

Cara Membuat Online Order - Untuk Dealer Public GOLD

Cara Membuat Online Order - Untuk Dealer

|
Selepas anda didaftarkan sebagai Dealer, biasanya Public Gold akan menghantar Username dan Password ke Email anda  untuk membolehkan anda membuat Online Order samaada untuk diri sendiri, untuk New Customer ataupun untuk mendaftarkan New Dealer. Sekiranya tiada, anda hanya perlu membuat pendaftaran baru dengan mengikut langkah-langkah seperti berikut.

1- Klik Disini untuk pergi ke website Public Gold, dan anda akan melihat paparan seperti di bawah. Masukkan Username dan Password sekiranya ada, jika tiada sila klik pada perkataan "Register" dan buat pendaftaran baru dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.




2- Penuhkan ruangan maklumat seperti yang diminta, kemudian tekan butang "Send Registration".



3- Selepas pendaftaran berjaya, Username dan Password anda akan dihantar ke Email, dan anda boleh login dengan memasukkan Username dan Password tersebut. Untuk membuat order, klik pada perkataan "Order" di bahagian atas web dan akan keluar paparan seperti ini.



4- Pilih item yang mahu dibeli, masukkan kuantiti belian di dalam kotak yang tertulis "Qty", kemudian pilih branch mana anda mahu buat pengambilan di bahagian "Collection Option", cara bayaran di bahagian "Payment Type" dan bank mana yang anda akan gunakan di bahagian "Payment Through". Setelah selesai klik pada butang "Update Order" dan akan keluar bahagian "Comment".



5- Anda boleh menaip sebarang Nota berkenaan pesanan ini pada ruangan Komen tersebut jika perlu. Sekiranya anda membuat order tadi untuk New Dealer atau New Customer, anda boleh taipkan maklumat mereka di bahagian komen seperti ini.



6- Setelah selesai, klik butang "Submit Order" dan akan keluar paparan seperti ini. Klik pada bulatan yang tertulis "I Agree" dan klik "Confirm Order".



7- Kemudian apabila order berjaya dibuat, paparan seperti ini akan keluar dan anda boleh menggunakan no CSOxxxx seperti dalam kotak biru tersebut sebagai no rujukan Online Order.



8- Untuk melihat semula order yang telah berjaya dibuat, pergi ke bahagian atas bertulisan "Customer Login" dan klik pada "Your Internet Order" dan akan keluar paparan seperti ini.



9- Sekian, anda boleh menghubungi saya untuk bantuan. Terima Kasih.
019-6645066 pokli

Tuesday, August 16, 2011

Cara Membuat Belian & Pendaftaran Sebagai Dealer Public Gold yang SAH

Cara Membuat Belian & Pendaftaran Sebagai Dealer

Cara Membuat Belian & Pendaftaran Sebagai Dealer (Jumlah Belian Melebihi RM 20,000)


1- Lihat dan pilih Produk / jenis emas yang mahu dibeli di SINI.


2- Untuk melihat harga semasa bagi setiap Produk boleh lihat di paparan sebelah kanan web ini atau di SINI. (harga berubah setiap 20 tau!!!!)


3- Setelah membuat pilihan Produk yang mahu dibeli dan bersedia untuk membuat pesanan belian pada harga semasa, sila hantarkan pesanan anda yang mengandungi butir-butir seperti berikut ke 019-66 450 66
 
~ Nama
~ No Ic
~ No Hp
~ Alamat Email
~ No Akaun Maybank / Public Bank Untuk Bayaran Komisyen
~ Jenis Produk & Kuantiti
~ Cawangan / Tempat Pengambilan Stok


Contoh : Saya Mazlan b Said, 831213-09-8765, 016-6669991, mazlan@yahoo.com, ingin daftar sebagai Dealer dan membeli gold bar 10g x 1pc dan 1 Dinar x 1pc, 100g x 1pc ambil di PG cawangan Seremban.

4- Saya akan membuat pesanan untuk anda mengikut harga semasa sebaik sahaja SMS anda diterima.

5- Selepas pesanan dibuat, pihak Public Gold akan menghubungi anda untuk pengesahan dan Sales Order (Dokumen Pesanan) akan dihantar kepada anda melalui Email.

Cth Dokumen Sales Order

6- Selepas anda memuat turun dan mencetak Sales Order tersebut, terus buat pembayaran mengikut amaun yang tertera ke akaun Syarikat Public Gold (No Akaun Ada Di Dalam Sales Order).

7- Selepas bayaran dibuat, catatkan No Rujukan Sales Order (No Di Bahagian Atas Kanan Sales Order) di Slip Bayaran tersebut dan segera Email kan Slip Bayaran itu ke payment@publicgold.com.my atau boleh juga fax kan ke no 04-6464 916.

Bayaran Melalui m2u
Bayaran Melalui ATM
 8- Sebelum anda pergi ke Branch untuk mengambil stok, sila hubungi Branch itu terlebih dahulu dan berikan kepada mereka no Sales Order anda bagi memastikan Produk yang ingin diambil ada pada ketika itu.

9- Bawa bersama Slip Bayaran asal dan Sales Order ketika mengambil stok, berikan kepada staff yang bertugas dan ambil stok anda.

* Untuk belian sebagai pelanggan, iaitu kurang dari RM 20,000 anda boleh berhubung dengan saya terus di no saya 019-66 450 66

Ingat Emas Ingat Pokli

Monday, August 15, 2011

pelaburan emas- Barang KEMAS i series Keluaran Public Gold



Koleksi Rantai Boleh guna masa Hari Raya Aidil Fitri......kelebihan susut nilai rendah cuma 10% antara harga JUAL & Beli.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya :)

Makin banyak makin ceria :)

2. Kelebihan dari segi zakat emas (sila klik sini untuk topik zakat emas)

3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal


Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.

Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).


Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.

Contoh: Rantai tangan yang putus.


Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.

Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.

Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.

Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.

Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).

Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi :(  Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 

Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak


Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak


Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)


Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.


Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik :)
Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.
p/s:  1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda, klik ikon FB di bawah untuk share artikel ini dengan rakan-rakan FB anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.


Ingat Emas Ingat Pokli
019-6645066

Wednesday, August 10, 2011

pelaburan emas di tv9

nak beli emas????????? call 019-6645066

Friday, February 25, 2011

The Key Of How to Be A Financial Freedom bersama Pokli & Pelabur Jutawan

atas permintaan ramai ....pokli & pelabur jutawan akan mengadakan seisi kedua seminar berkaitan Financial Freedom...jom datang untuk timba ILMU

Wednesday, July 28, 2010

Untung ke Public Gold?

Salam..

ni nak kongsi sikit sejak jadi master dealer public gold nih

mmg best....
1) komisen jadi master dealer 2%

kalau org beli emas 20g...harga harini rm2700....komisen master dealer Rm54.00

kalau org beli 20g x 10 keping sehari? agak2 berapa komisen??? Rm540...cukupla....target saya 10 keping 20 g sehari cukup la.....


2) buy back 5-6%
orang tolak emas kat kita dapat harga murah 5-6% dan untung atas angin tu...YAHOOOO...kalau barang kemas untung atas angin 20%.......kalau rantai rm2000......buy back tolak 20% = rm2000 - 400 = rm1600.
so boleh jual kat pembeli baru dengan harga rm2000....untung atas angin rm400...WOWOWOWOWO

3) Kenaikan harga EMAS...tak yah cakap.....tgk trend emas naik 20-30% setahun..cukup la.....(patut la tokey emas kaya walaupun tak jual emas dia) beli buy back jela...

4) main spekulasi......BUY LOW SELL HIGH
masa emas tengah murah....beli banyak2....dan jual masa harga mahal.....macam sorok gula pulak.....harga gula murah beli rm300k..pastu gula naik harga....jual ikut harga semasa....kekekeke

5) Kongsi2 untung sama-sama dealer seluruh malaysia...

yang ni mmg best....ada pembeli nak beli di Johor.....tapi saya ada di KL....so...call la dealer kita di sana...dapat la jugak komisen skit2...share2 la komisen tu.....


6) apa lagi??? nak tambah?

minat nak sertai rangkaian perniagaan emas pokli.com
boleh sms/email
019-6645066
admin@pokli.com