Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Wednesday, March 21, 2012

35 Lagi IDEA HEBAT Untuk Pemasaran Emas & Perak Luar Biasa

BONUS TAMBAHAN:
35
Lagi IDEA HEBAT Untuk Pemasaran Luar Biasa
35) Berkawan dengan selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk rapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka bersiaran.

34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05 pagi nanti!"

33) Wujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.
 
32) Lancarkan kempen untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
 
31) Menawarkan perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka,
 tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang tersebut.
 
30) Berpakaian menarik mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
 
29) Berkenalan dengan hampir sesiapa sahaja: Mereka yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan timbulkan minat untuk mengenali orang lain. Suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.
 
28) Menulis Ebook percuma: Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.
 
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.
 
26) Mulakan e-newsletter: Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!
 
25) Ubah cara bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
 
24) Gunakan krew promosi: Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sambilan yang boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan mereka memakai t-shirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
 
23) Mempromosikan produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda, biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
 
22) Menjual hadiah/voucher penghargaan : Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
 
21) Buat sesuatu di luar jangkaan : Apa perasaan anda jika kedai kek di tempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.
 
20) Mengeluarkan Press Release : Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta meningkatkan jualan anda.
 
19) Sertai mana-mana organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.
 
18) Menjual apabila anda mengeluarkan inbois: Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.
 
17) Membuat katalog produk : Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut disenaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.
 
16) Kempen Mengutip Sampah : Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut
.
15) Gunakan kajian kes : Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
 
14) Menggunakan kaedah pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi berkesan.
 
13) Menulis kepada akhbar tempatan : Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
 
12) Fokus untuk meningkatkan prestasi staf anda : Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada pelanggan anda.
 
11) Lakukan sesuatu yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan anda unik.
 
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
 
9) Lancarkan publisiti tergempar : Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan anda.
 
8) Gunakan forum di internet : Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau perniagaan anda.
 
7) Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tipspercuma yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
 
6) SMS pelanggan anda : Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus seperti di http://1whp.biz/pokli679 dapat membantu anda untuk memprogramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih efektif.
 
5) Tingkatkan imej anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.
 
4) Sokong Badan Kebajikan : Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
 
3) Tulis dan kongsikan profil atau kisah anda : Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.
 
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita daripada anda.
 
1) Sentiasa tersenyum dan teruja : Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan orang lain secara percuma!
Saya harap anda berpuashati dengan perkongsian 50 Tips Marketing Power kerana saya amat seronok berkongsi pengalaman dan apa yang pernah saya pelajari dengan anda semua. Saya juga amat-amat berharap yang anda dapat mempraktikkan tips-tips ini dengan baik untuk kekayaan & kejayaan perniagaan anda!

Demi Kekayaan & Kejayaan Anda,

Pokli 

15 Idea buat pengedar2 Public GOLD

15 Idea "Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Anda DUA KALI GANDA Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dalam Masa Yang Singkat!"




Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada kemampuan jualannya!


Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik dan paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tapi jika tiada orang yang membeli atau tidak ramai orang yang datang untuk membeli kek anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan mengubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama mengubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa" kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah.

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" untuk anda belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan yang "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran yang saya ajarkan. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya dalam Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power saya nanti.
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu dengan orang lain: Apa yang anda tahu tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran, kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda.
Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Potter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Potter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai agar dapat melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka, mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformers" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" dalam menghadapi persaingan dalam perniagaan. Jangan anggap disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar dapat digunakan tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem SMS, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan dalam akhbar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan ranking laman web anda dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.
Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

41) Rakamkan video anda di YouTube: Mendiang Steve Jobs, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC, menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian: Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen yang dicetak dengan logo syarikat mungkin membosankan dan orang mudah dilupakan. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

Sunday, March 11, 2012

Wawancara antara Pihak Public GOLD & Pokli untuk dimuatkan dalam Newsletter keluaran kedua tahun 2012



Untuk keluaran newsletter kedua tahun 2012 pihak Public Gold akan memaparkan wawancara santai antara Public GOLD bersama ikon terkenal dalam pelaburan emas & perak.Ikon yang dimaksudkan adalah Encik Mohd Fazli Ismail (Pokli).Beliau merupakan ikon pelaburan emas & perak yang sangat popular sekarang ini. Banyak berkongsi tentang ilmu pelaburan & perniagaan emas menerusi blog www.pokli.com & seminar percuma di seluruh Malaysia. Tujuan adalah untuk berkongsi dan mendapat manafaat daripada pengalaman beliau yang telah mengorak langkah & Berjaya dalam pelaburan & peniagaan ini.

PG : Tahniah Pokli kerana menjadi Icon dalam pelaburan Emas & Perak di Malaysia. Nama Pokli dah sinomin dengan Pelaburan & Perniagaan EMAS & PERAK Public GOLD
Pokli : Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t atas pujian & pencapaian yang telah diterima. Saya tidak meminta untuk mendapat pujian & pengiktirafan dalam bidang ini. Cukup menyedarkan masyarakat kepentingan menyimpan emas & perak fizikal sebagai portfolio pelaburan selain dari pelaburan hartanah, insuran, unit amanah & simpan wang fiat di dalam bank. Menyimpan dalam banyak bakul pelaburan! Tapi saya rasa terharu ada yang mengelar saya Ikon dalam pelaburan Emas & Perak, terima kasih atas sokongan anda semua!


Pokli : Bagaimanakah Pokli mula melibatkan diri di dalam bidang pelaburan emas?
Pokli : saya mula mengenali Public GOLD pada tahun 2008 melalui pembacaan di blog Mahaguru Syukor Hashim iaitu www.jutawanemas.com. Saya sebenarnya mencari peluang untuk menambahkan pendapatan melalui melabur dalam emas & perak. Blog tersebut menjadi “turning point” kepada saya untuk menambah ilmu dalam emas & perak. Mulanya pada bulan march 2009 saya berjumpa dengan En. Syukor Hashim & menuntut ILMU tentang pelaburan emas & perak dengan beliau. Pada bulan Mac 2009 saya mendaftar sebagai pengedar. Jumlah emas tersebut saya gunakan sebagai pelaburan dan modal untuk berniaga.


PG : Bagaimanakah timbulnya minat Pokli untuk melibatkan diri dalam bidang emas?
Sebenarnya saya minat untuk jana pendapatan tambahan kerana dunia sekarang kalau hanya mengharapkan gaji tetap bulan memang tidak pernah mencukupi. Kehidupan saya sebelum ini ada masalah kewangan seperti masalah kad kredit, hutang kereta, hutang rumah dan tiada simpanan berkala .Apabila mengetahu ilmu tentang emas & perak contohnya salah satu yang best tentang emas ini kadar kenaikan harga emas meningkat setiap tahun purata 20-25%. Apabila saya simpan emas, nilainya meningkat setiap tahun…wow..Kenapa tidak saya sendiri memiliki emas & menjana pendapatan melalui kenaikan harga emas  tersebut. Tanpa berbuat apa pun nilai harta emas kita meningkat .Emas juga merupakan simbol kekayaan & kejayaan. Dengan memiliki emas saya telah menjadi seorang yang kaya & Berjaya!


PG : Adakah pokli sendiri berkeinginan untuk membuka perniagaan ini?
Pokli : pada mulanya saya cuma ingin mengambil keuntungan di atas kenaikan harga emas tersebut. Tetapi apabila Pihak public Gold memberi peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan emas & perak menyebabkan saya teruja dan terus mendaftar sebagai pengedar. Pepatah 9/10 pendapatan berpunca dari perniagaan menarik minat kepada saya untuk terlibat. Alhamdulillah dengan keuntungan menyimpan emas & perak serta peluang sebagai peniaga emas & perak sedikit sebanyak dapat menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Walaupun tiada simpanan disebabkan keinginan yang mendalam saya sanggup berkongsi dengan pasangan untuk membeli emas & perak untuk dijadikan modal perniagaan saya.

PG : Apakah masalah yang mula2 terlibat dlm perniagaan emas?
Pokli : Masalah? Saya tidak nampak itu sebagai masalah.kerana sebelum ini pun saya memang sudah terlibat dalam dunia perniagaan. Apa yang saya belajar sebelum ini diadaptasikan dalam peniagaan ini. saya anggap perniagaan emas & perak ini adalah perniagaan saya! Saya mendapat keuntungan di setiap urusniaga yang berlaku.bukan setakat simpan emas. Jadi setiap masalah saya anggap sebagai satu situasi yang perlu diselesaikan. Contoh sebagai peniaga emas situai saya menyelesaikan banyak masalah orang-orang kaya! Mereka mempunyai duit yang banyak yang perlu dilaburkan & memerlukan penyelesaian seperti menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan “wealth protection” mereka dan juga penyelesaian masalah kepada orang-orang yang ingin menjana pendapatan dengan mengambil peluang berniaga emas & perak di platform Public Gold. Saya juga telah menubuhkan syarikat Pokli Wealth Management Enterprise untuk urusniaga jual, beli & konsultan emas pelaburan.

PG : Saya yakin ramai orang kagum atas kejayaan pokli, apakah keinginan yang akan dibuat pada masa  akan datang
Pepatah ada berkata “ Untuk berjaya adalah sukar. Tetapi untuk terus menahan kejayaan di puncak , jauh lebih sukar”. Saya suka melakukan perkara-perkara yang sukar untuk Berjaya.tiada jalan pintas dalam mendapat kejayaan.sebab orang yang Berjaya adalah orang yang paling banyak melakukan kesilapan…dunia ini adalah pentas untuk belajar & membuat silap…”Univerisity of Life”…apabila membuat silap saya dapat mengambil iktibar & tidak akan melakukan silap yang sama. Keinginan saya tinggi untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang seramai 27 juta orang sedar tentang emas & perak pelaburan disamping mengembangkan rangkaian perniagaan kepada 10,000 orang pengedar di seluruh Malaysia Insya Allah dan mengembangkan empayar perniagaan emas & perak pelaburan ke seluruh dunia seperti Singapura, Brunei, Indonesia & China.

PG : Saya mendapati pokli mengutamakan system rangkaian dan “sharing is caring” , kenapakah pokli yakin dengan kongsep ini?
Pokli : Dalam mengembangkan perniagaan emas & perak pelaburan ini.untuk membuka mata & kefahaman orang lain tentang sistem Public GOLD ini memerlukan rangkaian pengedaran yang luas dan ramai. Bayangkan apabila ramai pengedar-pengedar di seluruh Malaysia dapat memudahkan pelabur-pelabur memiliki emas & menjual kembali emas tersebut. Member nilai tambah kepada orang lain. Saya menitikberatkan keuntungan menang-menang @ “win-win situation”  & hasil keuntungan yang diperolehi dikongsi bersama agar dapat menaikkan jualan & membolehkan syarikat berkembang lebih jauh.Sistem rangkaian juga penting untuk menjadi mata & telinga dalam memberi pandangan & nasihat positif kepada peniagaan ini di samping melengkapkan diri di antara satu sama lain.Untuk saya pergi berniaga ke sesuatu tempat perlu ada wakil saya memudahkan memahami proses, keperluan, kehendak & kekangan berkongsi ilmu emas & perak.

PG: Apakah harapan pokli yang telah Berjaya membuka minda orang melayu dalam pelaburan emas & perak?
Pokli: Sebenarnya saya masih belum sepenuhnya dapat membuka minda orang-orang melayu dalam pelaburan emas & perak ini.saya memerlukan anda semua untuk sama-sama menimba dan berkongsi ilmu tentang pelaburan emas & perak.saya sarankan tingkatkan pengetahuan yang jelas sebelum melabur & jangan tamak.amalkan konsep RM1000 untuk belanja dalam mendapat ILMU dalam satu-satu pelaburan dahulu berbanding terus melakukannya. Harapan saya selepas ini setiap rumah di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 250g gold bar……1 rumah 250g emas


PG : apakah pendorong kejayaan Pokli dalam perniagaan emas ini?
POKLI : Keluarga saya banyak memberi dorongan dalam mengecapi kejayaan dalam perniagaan emas & perak ini. Sebelum saya bermula menjadi pengedar emas saya merujuk kepada Ibu saya Pn Zabedah Othman yang saya akan berniaga emas & perak secara sepenuh masa. Sebelum ini saya belajar 5 tahun di Universiti dan mendapat kerja swasta di Cyberjaya dan meninggalkan gaji yang lumayan demi untuk terlibat dalam perniagaan emas & perak ini. Alhamdulillah dengan restu Ibu saya & doanya membolehkan saya mencapai kejayaan cemerlang, Serta isteri saya Pn. Normaziah Abdul Rahman banyak membantu dalam memberi semangat & berkongsi susah senang sebagai peniaga. Turut serta anak-anak saya yang memang memahami ayahnya sebagai “Tauke” Emas & Perak



PG : Apakah perancangan pokli dalam mengembangkan lagi perniagaan ?
Pokli : Saya mempunyai visi & misi  yang jelas pada tahun 2012 dan mendatang. Saya akan bekerjasama bersama-sama rangkaian pengedar untuk mendidik masyarakat Malaysia seramai 27 juta dalam mengembangkan ILMU agar mereka kenal & membuat keuntungan LUMAYAN dalam emas & perak fizikal. Setiap masa akan melakukan inovasi & transformasi bagi memudahkan mereka memahami konsep pelaburan & perniagaan .Visi menjadikan Public GOLD sebagai Platform untuk melahirkan jutawan perniagaan emas terunggul, terkemuka & terdepan dalam informasi global. Misi saya memberikan pengetahuan yang jelas sebagai nilai tambah (value added) kepada pelabur-pelabur emas sebagai rujukan utama bukan sekadar berjual beli emas. Meningkatkan nilai keuntungan lumayan kepada pelabur-pelabur.


PG : apakah Rahsia kejayaan POKLI di Public GOLD?
POKLI : Kalau rahsia memang tak boleh bagitahu…hehehe…sebenarnya saya seorang yang FOKUS. Sebab untuk Berjaya kita memerlukan usaha yang berterusan. Pepatah “Hangat-hangat tahi ayam” menjadi transformasi kepada saya untuk terus Berjaya. “Biar kecil tapi Berhasil daripada besar tapi bubar!’ membuahkan hasil yang lumayan di samping bekerja keras & komited terhadap misi & visi penubuhan syarikat Pokli Wealth Management. Saya tidak kenal erti penat & membuat perniagaan ini sebagai minat (passion) saya sendiri.seronok tengok orang lain kaya & untung dalam pelaburan emas & perak fizikal menjadikan saya ghairah berkongsi kejayaan. Saya letakkan usaha dahulu didepan berbanding hasil yang diperolehi. Walaupun ada pelabur yang Cuma ingin belajar ilmu emas saya sanggup berkongsi & tidak mengenakan apa-apa bayaran malah memberi ilmu secara percuma terutama melalui seminar percuma & penulisan percuma di laman blog www.pokli.com

PG:apakah prinsip kejayaan pokli?
Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap.  Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan (Mindset setting).Untuk Berjaya kena selalu berfikiran positif..untuk  menjadi jutawan emas minda anda perlu ingat anda adalah jutawan dahulu walaupun ada belum ada 5kilogram emas ..anda  perlu memiliki minda seorang jutawan!

Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan. 

Bertanggung jawab sepenuhnya.  Yang pertama, saya perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa saya, apa yang saya capai dan dimana anda berada hari ini.  Saya perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran.  Sekiranya saya tidak mencapai apa yang saya inginkan maka sayalah yang bersalah, kalau bukan saya maka siapa lagi?  Maknanya kalau saya tidak mengawal haluan hidup saya maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri saya.  Hanya dengan saya mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah saya boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan.  Saya tahu yang saya punya pilihan lain, selain dari apa yang saya lakukan setiap hari.  Ingat, "Hanya saya sahaja yang boleh mengubah hidup saya, bukan orang lain". 


Mari kita imbas bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan.  Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun.  Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa.  Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya.  Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran.  Malangnya, hasrat beliau ditolak.  Adakah beliau berputus asa??  Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk...  Tetapi orang ke-1009 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS".  Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar.  Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya.  Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata. 


Anda juga pasti mahukan kejayaan.  Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas???  Jauh panggang dari api.   Ramai pengedar-pengedar yang apabila bercerita tentang pelaburan emas & perak agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja untuk menjual dan gagal menyakinkan mereka.  Tidak sampai pun 10 kali.  Inikah cara usaha anda yang impikan kejayaan?  Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya penyelesaian.  Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya.  Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali... orang yang berjaya belajar dari kegagalan….


“Untuk Menjadi Hebat dalam sesuatu, caranya mudah sahaja.Lakukan perkara tersebut berulang-ulang kali….Untuk hebat berucap, berucap banyak kali. Untuk hebat menjual, jual banyak kali. Untuk hebat berniaga, berniagalah selalu.Practice Makes Perfect!”


Sedikit perbezaan membawa hasil besar.  Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna Saya perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih bijak dari mereka.  Saya hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling anda.  Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup.  Fokuskan minda saya untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa.  Ini membolehkan saya memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak terfikir oleh manusia biasa.
Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini.  Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit.  Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit.  Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua.  Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua?  Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua?  Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua?  Jawapannya pasti sahaja TIDAK.  Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat.  Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan pemenang.  Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua.  tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar!
Begitulah juga dalam hidup ini. Saya perlu berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling saya untuk mencapai kejayaan dalam hidup.   


Persepsi membentuk diri.  Yang ketiga ialah persepsi Saya. Iaitu bagaimana saya melihat sesuatu yang berlaku terhadap saya dan disekeliling saya.  Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada pilihan.  Saya boleh memilih untuk senang atau susah.  Apabila saya memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak saya.  Persepsi saya terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi saya.  Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan saya  dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. 
Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran saya adalah kehidupan yang akan anda tempuhi.  Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna.  Ubah cara fikir kita.  Ubah perancangan dan tindakan kita.  Setiap kali gagal, cuba SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru.  
Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali.  Apa yang saya perlu lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa  untuk menjadi manusia luar biasa.  Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya.

PG : tahniah Pokli, semoga anda terus Berjaya & kaya di Public GOLD
Pokli: Terima kasih, bukan saya sahaja anda pun terpaksa kaya & Berjaya jika mempunyai ilmu yang luas tentang Pelaburan emas & perak ini.

Ingin tahu mengenai pelaburan emas & perak boleh datang ke seminar percuma saya di seluruh malaysia rujuk www.pokli.com @ datang ke Bengkel Strategi5B di Kuantan, Nilai , Alor Star & Shah Alam rujuk www.strategi5b.com

Untuk menghubungi Pokli untuk seminar & bengkel tentang emas & perak, Hubungi 019-6645066 email : admin@pokli.com