Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Monday, December 12, 2011

Public Gold Adalah Paltform Terbaik Kepada Pelabur Emas dan Perak Fizikal

Public Gold Adalah Paltform Terbaik Kepada Pelabur Emas dan Perak Fizikal

|
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan panduan pelaburan emas fizikal kepada para pembaca sekalian.

Saya kira para pengunjung blog ini, dealer2 dan rakan2 yang pernah berjumpa ataupun menghadiri seminar2 saya telah sedia maklum yang saya adalah seorang Pelabur Emas & Perak fizikal yang memilih produk emas dan perak keluaran Public Gold sebagai produk pelaburan saya.



Minat dan kesungguhan saya dalam bidang pelaburan bermula sejak di bangku sekolah lagi, dan itulah Passion utama saya, sehinggakan saya sendiri sebenarnya tidak pernah bercita-cita untuk menjawat sebarang jawatan ataupun kerjaya melainkan dengan menjadi seorang pelabur sepenuh masa.

Dan sejak saya berusia 21 tahun, saya mula melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pelaburan dengan tujuan untuk mempelajari selok belok, strategi, jenis2 dan konsep2 pelaburan yang baik bagi mencapai matlamat Financial Freedom di usia muda.

Sehingga ke hari ini, saya telah melibatkan diri secara serius dalam bidang pelaburan ini selama kira2 5 tahun dan kini saya seorang pelabur sepenuh masa dengan pendapatan bulanan dari pelbagai  bentuk pelaburan termasuk di bidang pertanian, hartanah, unit amanah dan juga komoditi fizikal emas dan perak.

Sebagai seorang pelabur yang sememangnya serius dalam bidang ini, saya mempunyai beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.



Ianya adalah:

1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian.



Sebagai produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru, variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.

Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.

Di Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.



2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa.




Disebabkan emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual, ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah diantara kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli.


Di Public Gold, harga jualan dan beliannya amat transparent kerana ianya berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live oleh www.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20 minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula dalam jangkamasa pendek dan sederhana.





3- Kadar Spread yang kompetitif.


Kadar spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai tempoh Breakeven (Balik Modal).

Spread yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10% adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.


Di Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8% sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar spread serendah 2 - 5.5% sahaja!




4- Faktor Kecairan




Sebagai pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya masih belum boleh dikatakan sebagai untung.

Justeru, jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan keuntungannya sukar diperolehi.


Dan sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh orang perseorangan.

Di Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka telah teruji sepanjang 3 tahun  perniagaannya, bahkan promosi pada bulan Disember ini mereka turut menawarkan harga terbaik untuk membeli sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan penjualnya.

Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan produk syarikat lain juga!





5- Faktor Mudah Cair


Faktor ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa memandu dari kuala lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual tadi hanya ada satu sahaja di sana.


Jadi, sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya (asalkan harga belian balik sama).

Bermakna saya tidak perlu bimbang jika saya pergi kemana saja di seluruh Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.


Setakat ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000 di seluruh Malaysia.


Ini bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2 masa sahaja.


Paling istimewa adalah, sebagai seorang pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.


Kerana saya adalah Pelabur Emas dan Perak, bukannya peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.


Kenapa saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.

Saturday, December 10, 2011

Bengkel Personal Coaching Di Seluruh Malaysia Buat Pelabur2 EMAS & Perak Public GOLD



Berminat untuk menyertai Bengkel Personal Coaching - Sila buat bayaran kepada RM399 Ke akaun Pokli Wealth Management Maybank 555171003253
dan email slip bayaran kepada admin@pokli.com
MMS slip bayaran kepada 019-6645066

Sekitar Bengkel Di Palm Garden Putrajaya

Hanya Terhad kepada 20 orang PESERTA sahaja

Berkongsi ilmu 5B!!!!!!!!