Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Thursday, January 8, 2015

Strategi Pelaburan Emas 2015

Strategi Pelaburan Emas 2015


Post image for Strategi Pelaburan Emas 2015
Cabaran utama pelaburan emas pada tahun 2015 ialah perlaksanaan GST (Good & Services Tax) yang akan bermula pada 1 April 2015. Mana-mana negara, bila cukai GST dikenakan, pasaran emas akan terjejas teruk samada barang kemas atau emas pelaburan. Emas tak lagi menarik untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan sebab kosnya dah meningkat. Cuba bayangkan, kita terpaksa bayar lagi kos tambahan 6% daripada harga emas yang kita beli, sedangkan komisyen dealer emas Public Gold seperti saya pun cuma 1% – 2% sahaja! Maksudnya, kos tambahan 6% bagi emas tu sangatlah besar.
Selain susut nilai emas, kos simpanan emas, dan kos logistik untuk hantar atau ambil emas yang saya anggarkan sekitar 8% – 15%, kita terpaksa bayar lagi 6% dan menjadikan kos pemilikan emas sebenar boleh mencecah 20% daripada nilai emas tu sendiri! Bila kos sudah 20%, kalau harga emas naik 20% setahun (tapi jarang-jarang berlaku), maksudnya kita baru balik modal! Belum lagi untung. Jadi inilah cabaran penyimpan atau pelabur emas fizikal di Malaysia tahun 2015 yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Salah Faham Pengecualian GST

Pada 13 Oktober 2014, secara rasminya kerajaan keluarkan senarai barangan yang dikecualikan GST, ia termasuk emas pelaburan. Jadi ramai pengeluar emas salah faham tentang senarai itu. Mereka fikir semua emas ketulenan 99.5% dan ke atas akan dikecualikan GST! Sedangkan, hanya emas 99.5% yang mempunyai standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST. Emas yang lain, masih dikenakan GST walaupun emas berketulenan 99.99%! Fakta ini memang telahpun disahkan oleh Public Gold sendiri dengan Jabatan Kastam.
Jadi sekarang ni, hampir kesemua gold bar dan dinar Public Gold ditukar kepada emas yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association), kecuali Bungamas dan Taifok. Dan Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai emas LBMA-nya tersendiri buat masa ini.
publi gold bar LBMABentuk gold bar dengan pengiktirafan LBMA
Dinar 999.9 dengan pengiktirafan LBMA

Kelebihan Dan Kekurangan Emas LBMA

Secara ringkasnya, ini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan emas LBMA untuk makluman sahabat pembaca:
Kelebihan emas LMBA Public Gold
  1. Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%
  2. Emas ini diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.
  3. Ianya sangat cantik, nampak high-class, dan saya yakin kita bangga memiliknya. Emas LBMA ni menyelesaikan rungutan pembeli emas Public Gold sebelum ni tentang packaging yang rendah standard.
Kekurangan emas LBMA Public Gold
  1. Emas ini berseal kekal. Kalau buka plastik seal tu, Public Gold hanya akan beli balik sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 15%.
  2. Emas ini diterima oleh banyak ar-rahnu, tapi kebanyakkan ar-rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 15%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
  3. Susut nilai lebih tinggi sedikit.
  4. Gold premium lebih tinggi sedikit.

Strategi Pelaburan Emas 2015

Jadi dengan perkembangan terbaru ni, apa yang pembeli emas Public Gold perlu tahu dan pertimbangkan beberapa strategi penting, antaranya;

#1 – Gold Bar dan Dinar Sama Sahaja

Tak ada beza dari sudut (1) ketulenan, (2) harga per gram, dan (3) spread / susut nilai. Jadi kalau orang tanya saya mana yang lebih baik untuk pelaburan, gold bar atau dinar? Jawapan saya sama sahaja.

#2 – Gold Premium Dikenakan Di Penang

Kalau dulu, semua item pembelian Public Gold di Penang akan dikecualikan caj “gold premium”, tapi sekarang, pembelian di Penang juga dikenakan caj “gold premium”. Ini disebabkan Public Gold menanggung kos yang lebih besar untuk tempah emas tersebut dari kilang yang diiktiraf LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri (Turkey), dan dibawa masuk ke Malaysia.
Jadi kalau sahabat pembaca beli emas untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi, pertimbangkan item yang gold premiumnya lebih rendah. Contohnya, gold bar 1 gram RM5 sekeping. Kalau 10 keping, kita kena bayar RM50, tapi kalau gold bar 10 gram x 1 keping, gold premium cuma RM10 sahaja. Jimat RM40! Tapi kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, emas yang item lebih kecil lebih baik walauupun gold premiumnya lebih tinggi.

#3 – Kaedah GAP Mungkin Terbaik

Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item.

Contohnya, kalau beli gold bar 1 gram dengan kaedah biasa (lock harga atau cash & carry), harga hari ni kita perlu bayar RM165. Tapi kalau beli menggunakan kaedah GAP, kita hanya perlu membayar RM141 + RM5 gold premium. RM5 tu kita cuma bayar masa nak ambil emas tu nanti di office Public Gold.

Jadi kalau nak beli emas, cuba bandingkan dulu harga GAP dengan harga emas per item yang dipaparkan di website Public Gold. Kalau harga GAP lebih rendah, lebih baik beli cara GAP. Harga GAP disemak mengikut harga jam 12.00 malam setiap hari, sedangkan harga per item disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

#4 – Bungamas dan Tai Fook Mudah Untuk Pajakan

Bagi yang masih nak beli emas Public Gold yang tak berseal untuk memudahkan pajakan, kita masih boleh beli gold bar Bungamas dan Tai Fook. Ia masih bebas dari GST kalau beli sebelum 1 April 2015.
bungamas tai fook public goldGold bar Bungamas dan Tai Fook Series keluaran Public Gold
Saya dapat tahu, Public Gold akan terus jual dua produk tak berseal ini walaupun dikenakan GST nanti. Harga, susut nilai, dan ketulenan gold bar Bungamas dan Tai Fook sama sahaja berbanding emas LBMA. Bezanya cuma ia tak berseal dan bakal dikenakan GST. Jadi kalau nak jimat, borong banyak-banyak dari sekarang! (“,)

#5 – Tukar Dinar 916% kepada Dinar 99.99

Sekarang, Public Gold dah tak jual dinar berketulenan 91.6%. Ia digantikan dengan Dinar LBMA yang berketulenan 99.99%. Ia lebih cantik, lebih mahal sebab ketulenannya lebih tinggi, dan paling penting, ia dikecualikan GST.
Bagi pemilik dinar 916, Public Gold jamin beli balik emas tu, jangan risau. Public Gold masih paparkan harga di website. Sila rujuk harga “PG Buy” 1 Dinar 916 di website. Harga “PG Sell” tu dah tak relevan sebab emas tu dah tak dijual lagi. Bila “PG Sell” dah tak relevan, spread / susut nilai pun dah tak relevan. Jadi kalau nak jual coin 5 dinar x 1 keping, rujuk harga “PG Buy” darab dengan 5 sahaja.
harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM
Bagi yang nak tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9, Public Gold sekarang buat promosi. Kita cuma perlu tambah RM60 untuk setiap 1 dinar. Saya buat anggaran kos, perbezaan sebenar harga 916 dan 999.9 untuk berat 4.25 gram ialah sekitar RM45. Bila ditambah dengan gold premium RM5 untuk 1 dinar, kos sebenar sekitar RM50. Jadi kalau Public Gold caj RM60, bagi saya KOS TAMBAHAN yang kita perlu tanggung sebenarnya sekitar RM10 sahaja. Ia sangat murah.
Promosi tukar dinar 916 kepada dinar 999.9
Cuma saya tak pasti kaedah ini patuh syariah atau tak sebab ia seolah-olah trade-in emas yang sama beratnya. Jadi buat masa ni, saya masih simpan syiling-syiling dinar 916 saya. Rasa sayang nak jual atau trade-in sebab ia senang untuk pajakan ar-rahnu dan mungkin boleh dijual sebagai “rare item” tak lama lagi.

#6 – Beralih Kepada Syarikat Emas LBMA

Nasihat terakhir saya ni mungkin agak keterlaluan. Tapi secara jujurnya, saya syorkan semua pembeli emas pelaburan jenama yang bukan LBMA, sila tukar kepada syarikat emas yang ada produk LBMA sendiri mulai sekarang!
Syarikat yang jual emas bukan LBMA akan bermasalah. Jualan mereka akan jatuh mendadak! Dan tentunya pembeli emas akan terkena tempias ‘kerugian’ tersebut. Buat masa ini, pilihan yang ada cuma emas Public Gold, atau emas jenama antarabangsa yang lain seperti Pamp Suisse, Canadian Maple Leaf, dan lain-lain jenama antarabangsa yang dijual oleh UOB Bank.
Bagi saya, pilihan yang paling baik untuk tahun 2015 ini bagi pembeli emas pelaburan di Malaysia hanyalah Public Gold. Ia senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.
Jadi itulah strategi-strategi penting yang pelabur emas di Malaysia (terutamanya pembeli emas Public Gold) perlu pertimbangkan untuk tahun 2015 ini. Mudah-mudahan artikel ini dapat beri pencerahan tentang prospek pelaburan emas di Malaysia diambang pelaksanaan GST, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
ada soalan boleh PM / wasap 019-6645066

kredit to Ustaz Zul

Thursday, October 2, 2014

Skim Cepat Kaya dengan cara memberi keuntungan yang tetap dalam pelaburan emas


Ada seorang sahabat bertanya berkenaan 2 pakej skim pelaburan emas. (1) Melabur Rm13500, akan dapat pulangan rm1800 / bulan …selama 11 bln.
(2)Labur rm13000….6%sebuln akn d byr rm780 /bln…yg ni modal tetap ada slgi xkluar…kalu nok kuar kno bg notis sbln.
Jawapan rinkas saya: Ia adalah RIBA dan skim cepat kaya.
Sebab apa riba? Pertamanya, secara umumnya pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan. Aqad yang bersifat jaminan jumlah modal adalah aqad qard/hutang/loan. Ya, hutang mestilah dibayar balik jumlah hutang, dengan itu ia dijamin. Sekiranya dibayar lebih maka ia adalah riba. Dalam skim pelaburan di atas, modal dijamin, dan pulangan juga adalah dijamin. Dengan itu ia adalah riba.
Riba juga berlaku apabila berlaku jual beli emas secara tangguh. Ulama bersepakat (Ijma) bahawa emas dan perak tidak boleh dijual beli secara tangguh, tidak ada khilaf berdasarkan hadis2 yang sahih. Yang menjadi khilaf ialah jual beli barang kemas yang dibuat daripada emas dan perak dan sudah bercampur bahan lain, ada sesetengah ulama seperti Sheikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim membenarkannya kerana menganggap perhiasan itu bukan lagi dianggap matawang.
Adapun kenapa saya kata ia skim cepat kaya, kerana pertama tidak ada bank atau pengurus dana yang boleh bagi pulangan yang begitu banyak. Kedua, kalaulah seseorang itu berjaya dalam sesuatu perniagaan,mahukan dia berkongsi dengan orang lain. Skim ini akan hancur sekiranya tidak ada pelabur baru.
Nasihat saya, berhati hatilah dalam berurusan dengan pelaburan anda supaya tidak dimurkai oleh Allah kerana riba dan kedua fikirkanlah juga kerugian duit pelaburan yang banyak disebabkan ketamakan, kerana skim cepat kaya tidak akan kekal lama.
Kepada yang suka meggunakan hadis2 ayat ayat al-Quran untuk mempromosikan jualan emas, ingatlah, bahawa tidak ada hadis atau ayat Al-Quran pun yang mewajibkan penggunaan emas sebagai matawang, Islam mengiktiraf emas dan perak sebagai matawang yang sudah lama digunakan sebelum kedatangan Islam. Yang jelas dan qat’i ialah hukum haramnya riba apabila hutang dibayar dengan lebihan, atau pertukran ribawi items sekiranya tidak mematuhi syarat syarat yang ditetapkan, di antaranya apabila berbeza jenis seperti emas dan perak, maka sharatnya mestilah dilakukan secara tunai. Matawang zaman dahulu adalah dirham perak dan dinar emas. satu dinar sama dengan 8, 10 atau 12 dirham. Pertukaran atau pembelian emas dengan perak mestilah dilakukan secara tunai/ cash. Dalam kontek sekarang duit kertas adalah matwang yang sah, dan mengambil hukum yang sama, dengan emas atau perak dari segi boleh berlakynya riba, sah membayar zakat dengannya, sah dijadikan modal mudarabah, bay’ al-salam dll. Dengan itu, emas walaupun dibeli dengan matawang kertas, hukumnya adalah haram dijual beli secara tangguh. Ini adalah keputusan Majma Fiqhi, Badan Fiqh sedunia dan banyak lagi institusi2 fatwa.
Kepada teman-teman yang terlibat, pastikan perniagaan atau skim perniagaan anda patuh Shariah. Kalau ada keraguan, hindarilah perkara yang ada shubhah. Saya tidak berniat menyakitkan hati sesiapa, kerana saya tidak ada kepentingan, kecuali mengajak kepada berpegang dengan hukum syarak.
Pintu taubat sentiasa terbuka. semoga kita tidak dianggap memerangi Allah dan Rasulnya dengan melakukan riba.
Wallaua’lam

sumber

Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!

Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!


Terlalu banyak orang tanya saya akhir-akhir ni tentang skim pelaburan emas yang dapat income bulan-bulan. Dah terlalu famous sekarang ni. Hari ni sahaja dah 6 orang tanya saya soalan yang sama. Ye lah. Siapa tak ‘curious’. Bukan sikit janji keuntungnya. Ada yang janji bagi keuntungan mencecah 70% – 100% dalam tempoh setahun!

Secara jujurnya, bila dengar boleh dapat keuntungan yang tak masuk akal tu pun, saya dah ‘reject’ awal-awal. Too good to be true. Kalau “perniagaan” untung 200% setahun tu memang biasa, tapi kalau “pelaburan” untung 20% tu bagi saya luar biasa. Apatah lagi untungnya 70% hingga 100% setahun!

Penganjur Bijak Lagi Baik Hati?

Kalau betul ianya pelaburan yang tulen, jangankan kita yang nak labur, badan-badan kerajaan, bank-bank dan institusi kewangan yang ada dana jauh lebih besar, dan jauh lebih ‘pakar’ dari kita akan rebut dulu. Tak sempat nak labur, dah ‘penuh’ dah quota macam saham Bank Rakyat! Tapi kalau kita dengar mana-mana skim pelaburan yang bagi pulangan tak masuk akal, sedangkan pihak bank pun tak “ambil port” langsung, sepatutnya itu dah boleh bagi kita “red flag”. Hati-hati. Labur duit jangan sampai lebur…
Kedua, banyak penganjur yang sangat bijak niagakan dan manipulasi emas katanya. Bukan setakat bijak, baik hati pulak tu. Kalau penganjur boleh bagi pelabur untung 70% – 100% setahun, agaknya berapa untung penganjur (peniaga)? Paling tidak pun 200% setahun.Maksudnya, daripada modal yang kita beri, mereka mesti dapat untung 300% setahun. Memang bijak, jauh lebih bijak dari kedai-kedai emas yang lama dan mana-mana institusi kewangan di Malaysia. Kalau itu kaedah niaga yang untungnya sangat besar, kenapa pengeluar emas berpengalaman seperti Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tak secerdik tu untuk niagakan kaedah macam tu?

Ciri-Ciri Skim Cepat Kaya

Secara jujurnya, saya tak pasti samada skim-skim begitu pelaburan tulen atau tak. Tapi berdasarkan ciri-ciri yang saya perhati, saya buat kesimpulan, ia adalah money game atau skim cepat kaya (cepat miskin!), sebab faktor berikut:

#1 – Keuntungan Tak Masuk Akal

Janji keuntungan 70% – 100% setahun tu sangat tak masuk akal. Pesan Azizi Ali (Pakar Kewangan berpengalaman), “Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi (melebihi 34% setahun)?”.
Kalau benar pelaburan tu tulen, saya syorkan ramai-ramai buat loan bank RM200,000 dan laburkan ke skim macam tu. Saya kira-kira, lepas tolak ansuran bank dalam RM1,200 sebulan, kita masih berbaki at least RM8,000 – RM10,000 sebulan. Dah tak perlu penat-penat kerja sampai mati. Bulan depan pun dah boleh pencen dan “bebas kewangan”!

#2 – Terma Sentiasa Berubah-ubah

Apa yang saya perhati, kaedah begitu mula popular sebagai skim “delay”, kemudian berubah-ubah dan pelbagai program ditawarkan tapi urusniaganya hampir sama. Letak duit, dapat income bulan-bulan. Dan macam-macam nama-nama pelik yang digunakan.

#3 – Produk Bukan Subjek Penting

Emas tak penting, harga emas semasa tak penting, tapi yang penting ialah letak duit dan dapat income bulan-bulan. Bahkan penganjur letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah yang tak masuk akal pun orang tak kisah sebab kebanyakkannya tak ada “penyerahan fizikal”. Keuntungan yang dijanjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Harga emas naik atau turun, semuanya untung. Pendek kata, confirm untung. Bahkan pembeli emas tak kisah pun tentang emas tu. Yang penting, dapat income bulan-bulan.

#4 – Punca Keuntungan Agak Kabur

Boleh dikatakan hampir kesemua penganjur akan mengelak untuk jawab mana datang keuntungan yang luar biasa tu. Kalau jawab pun, jawapan tu sangat kabur. Saya pernah tanya beberapa pengajur tapi ramai yang bukan sahaja tak menjawab soalan, tapi hentam balik Public Gold. Mungkin sebab mereka kenal saya dealer Public Gold yang aktif. Persoalan asas saya, mana datang keuntungan luar biasa tu? Jawapan biasa, emas tu diniagakan. Niaga yang macam mana yang boleh bagi untung berlipat kali ganda tu? Jawapan untuk persoalan ini biasanya berbelit-belit.
Kalau kita labur mana-mana tempat yang betul, “fund manager” biasanya akan terangkan sejelas-jelasnya mana datang keuntungan mereka. Macam mana operasi perniagaan mereka, strategi dan prospek bisnes mereka, ada prospektus, ada statistik, ada laporan kewangan dsb. Tapi skim begitu terlalu kabur. Orang yang join tu pun tak kisah. Janji masyuuk jer.

#5 – Kaedah Marketing Terlalu “Fishy”

Maaf. Kalau marketing tunjuk duit berlambak-lambak, tunjuk duit berjuta dalam akaun bank, itu cara skim cepat miskin. Pengalaman saya jumpa ramai orang kaya, majoriti mereka lebih suka low profile. Kalau kita betul-betul kaya, buat apa nak bising-bising kan? Duduk diam-diam lagi bagus.
Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar.
Jadi bagi saya, kalau orang yang terlalu show-off (menunjuk-nunjuk), mereka bukan kaya sebenarnya. Kekayaan yang dia pamerkan tu cuma “umpan” untuk tangkap pelabur. Kaya yang mereka tunjukkan tu biasanya palsu, ataupun kaya dengan duit orang!

Money Game Bertopeng Emas?

Saya boleh buat kesimpulan, skim-skim begitu hanyalah money game i.e. skim cepat kaya (cepat miskin!) atau permainan duit. Penganjur sebenarnya nak guna duit kita dan emas kita untuk rolling bisnes ‘rahsia’ mereka. Kalau betul-betul jujur, jual emas tu pada harga pasaran. Emas tu kita simpan sendiri. Lepas tu penganjur yang baik hati tu bagi income bulan-bulan selama setahun. Ada tak pengajur berani buat macam tu? Jawapannya tak ada. Mana mereka nak cari duit untuk bayar income bulan-bulan?
Kalau tengok kes-kes lama, skim-skim macam tu memang ‘proven’ bayar income bulan-bulan supaya dapat kepercayaan orang ramai, tapi akhir sekali akan lingkup dan duit-duit pelabur akan lebur kesemuanya bila (1) penganjur lari, atau (2) diserbu oleh Bank Negara (BNM). Tapi saya nampak, bukan mudah BNM nak serbu sebab penganjur skim dah belajar dari kes sebelum ni. Urusniaga tak dibuat atas nama satu syarikat, tapi dibuat guna nama banyak syarikat. Setiap ejen ada syarikat “Sdn. Bhd” mereka. Syarikat “Sdn. Bhd” ialah syarikat yang liabilitinya terhad. Kalau syarikat kena beku, ianya tak menjejaskan ASET PERIBADI penganjur. Pelabur semua akan lingkup, tapi penganjur tetap kaya raya…

Pelaburan Emas Sebenar?

Saya harap, pandangan dan kesimpulan yang saya buat ni tak betul. Kalau ianya pelaburan tulen, alhamdulillah. Maksudnya itu peluang pelaburan luar biasa yang semua rakyat Malaysia patut sertai.
Hakikatnya, pelaburan emas yang sebenarnya ialah beli dan simpan emas SENDIRI, tak ada income bulan-bulan. Tak menarik macam skim-skim pelaburan begitu. Untung pelaburan emas secara asasnya bergantung naik turun harga emas. Buy low, sell high. Itu sahaja. Memang lambat kaya, tapi itu cara paling selamat sebab apa pun berlaku dalam dunia ni, emas tu masih ditangan kita.
Wallahu a’lam.

Sunday, September 28, 2014

PM- macam mana nak berminat 1g GAP Public Gold

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah selesai seminar di borneo.....setelah 4H3M berada di Kuching, Kota Kinabalu dan Labuan berkongsi ilmu emas dan perak dgn rakan2 pelabur dan peniaga di sana. saya banyak menerima soalan2 dan cadangan sepanjang seminar itu...
takpe ada masa saya kongsi dan boleh kita soal jawab di sini

antara yang menarik di tanya adalah tentang GAP....atau Gold Accumulate Program.....macam mana nak join?

macam macam soalan.....

1. Apakah ketulenan 1g GAP
999,9

2, Bagaimana nak nak beli?
Boleh melalui Pokli samada ambil di Wisma Pokli- Seremban 2 @ ke cawangan Public Gold Seluruh Malaysia.

3. Harga berapa?
Rm160 untuk 1gram dan berubah2 ikut harga semasa dan lebih murah dari kedai (HARGA 1GRAM)

4. Apa tujuan GAP?
mengumpul emas fizikal dgn modal yg rendah & menebus emas fizikal yang telah disimpan tersebut

5. Berapa untuk bermula?
serendah RM100 @ 1 gram . harga rujuk sini 

6. Selain GAP...ada tak bank buat konsep mcm GAP?
ada. boleh pergi Kuwait Finance House. tapi min utk menyimpan ada 10gram berbanding GAP adalah 1 gram.

7.Adakah GAP patuh shariah.
Ya, patuh shariah. anda membeli emas dan pihak kami akan menyimpan emas anda. bila2 masa anda boleh withdraw emas fizikal. urusniaga adalah telus dan cekap. kami mempunyai simpanan yg cukup utk setiap tempahan.

8.apa lagi kelebihan GAP

Kelebihan  Gold Accumulation Program:

- Anda boleh mengumpul emas fizikal dengan ketulenan 999.9 (24k)
- Anda boleh buat pembelian minimum RM100 ataupun 1 gram emas
- Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas
- sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001gm).
- Disokong 100% oleh emas fizikal
- Tiada yuran simpanan
- Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
- Diaudit oleh juruaudit bebas
- Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun


9.Boleh ke lock 1gram GAP ini? yes boleh....sila whasapp order anda kepada 019-6645066
dan buat bayaran ke akaun GAP kami. maklumat lanjut akan diberikan

10. saya dah simpan GAP dah dekat 3kg...boleht ak withdraw?
Yes boleh....anda boleh tukar kepada emas yang setara 1gram atau saiz yang lain


saiz lebih besar...amir tukar kepada 2500gram

ikut budget....kalau anak2 kita nak tukar 1gram seorang pun boleh..simpan utk dewasa kelak

11. kalau saya buka akaun GAP...ada limit ke saya boleh buat withdraw.....
takde limit....boleh withdraw berapa yang kita nak.

nak tukar kepada 500g dan 250g pun boleh

berminat boleh whasapp 019-6645066

Friday, September 5, 2014

Produk terbaru di Public Gold - Gold Accumated Program (GAP) 1gram

Assalamualaikum

saya nak share produk terbaru keluaran public gold adalah

1gram...


comey
boleh buat tempahan sekarang.....

proses tempahan

1. order di cawangan Public Gold Berhampiran (rujuk sini) - jgn lupa sebut nama Pokli PG79 masa nak order emas ni.
2. datang ke wisma pokli di seremban 2
3. atau ........ lain-lain boleh PM inbox, whatsapp, call , sms 0196645066


kelebihan
1. mudah utk disimpan....dalam akaun atau fizikal 
2.mudah nak jaga (kocik jo)
3. lebih mudah mendapatkannya....samada melalui dealer2 pokli & cawangan public gold berhampiran...nak beli jgn lupa sebut nama Pokli PG79 yer

anak Hafizul Hakim dah kumpul emas ni


harga emas ni tertera di website public gold (rujuk sini)

harga harini rm140 sahaja....murah bukan?

pengedar pokli En Hadee pun beli utk anak2

Wednesday, September 3, 2014

sembang emas

cerita ini di copy paste dalam facebook
best jugak baca petang2.....buah tambah2 ilmu dan pengetahuan
 
 
Aku        : Bos, saya nak withdraw duit saya RMxx hari ini.
Kaunter  : Owh, encik kena call duit awal 3-4 hari untuk ambik cash.
Aku         : What ? Why I must wait for 3 fuc*ing days !

Where is my money ?
 
Skim Ponzi, Pyramid Scheme and so whatever they call it.
HQ > A > B > 2C > 4D
HQ menawarkan skim skim yang menjanjikan
untung yang sekian sekian.
Maka A pun masuk dengan bayar yuran pendaftaran pada HQ.
Untuk menbayar komisien si A,
maka HQ perlu mencari si B,
dan untuk mempercepatkan proses,
HQ menawarkan pairing bonus 
kepada si A untuk mencari si B
untuk joint program yang sama.
Untuk membayar A dan B,
Kita perlu cari yuran penyertaan dari 2 orang Si C.
C pula kena cari 4 orang si D.
Sistem akan collapse apabila D tidak mampu mencari 8 orang E.
Setakat itu faham flow skim Ponzi/Piramid ?
===================================
FACTS : Bank adalah institusi yang buat duit atas duit.
1- Mengapa perlu call 3- 4 hari untuk minta
keluarkan sum amount of cash at bank ?
Let say kita nak keluarkan RM500k ,
tetapi bank suruh collect pada the next 3 days.
Why ?
Dalam masa 3 hari, bank akan reserve transaction
cash yang dideposit oleh orang ramai
untuk dikeluarkan semula bagi kita.
- mudahkan urusan pentadbiran bank ,
tak perlu contact branch lain untuk ambik stok duit.
 
Dah cukup 3 hari,
datanglah ambik duit encik . Tq
 
 
2- Buat duit atas buat duit.
Kalau minta RM500k cash by today,
Let say bank Singa terpaksa pinjam cash kat Bank Merah.
 
Bank Singa kena bayar OPR 0.25% atas duit
RM500k yang dipinjam dari bank Merah.
RM500k x 0.25% = RM1250
Value Bank Singa rugi = -RM1250
Value Bank Merah untung = +RM1250
Hanya disebabkan oleh OPR ( Overnigh Purchase Rate)
iaitu pinjman semalaman antara institusi kewangan.
 
Back to the question,
Why I must wait for 3 days to withdraw my money !?
- untuk bank prepare cash sendiri
yang dideposit oleh pelanggan dalam
jangka masa 3 hari - supaya tak ambik OPR dengan bank lain.
 
Skim Ponzi kelolaan Bank :
Si A nak withdraw duit kat Bank ( HQ ), tapi HQ takdak duit.
So, HQ collect duit dari B, C dan D selama 3 hari.
Kemudian baru kasi kat si A.
===================================
Remember : Bank adalah institusi buat duit atas duit.
 
3- Fixed Deposit.
FD lazimnya sekitar 4% per year.
Let say 1 syarikat letak FD sebanyak RM10j kepada Bank Merah.
Bank Merah cuma bagi dividen 4% sahaja.
 
Kemana perginya FD RM10juta tu ?
A- bagi pinjaman perniagaan kepada syarikat lain.
11% interest per year.
Bank Merah makan dividen 7% per year.
FD = Bank Merah kasi 4%
Business Loan = Bank Merah caj 11%
Spread = 7% x RM10juta 
= RM700k setahun buta karre ja bank makan.
Fixed Deposit tu bukan untuk mengkayakan si pemberi FD,
tetapi untuk mengkayakan BANK !!
Itu baru contoh bank ambik spread atas niagakan
duit FD customer digunakan untuk kasi Business Loan.
Kalau Bank Merah bagi OPR kepada bank lain ?
OPR = 0.25% x RM10juta = RM25,000 per overnight !
Setahun ada berapa hari ? 365
Overnight = 182 hari.
182 hari x RM25k = RM4.55j
 
Semua pusing duit client sahaja 
thats why nak withdraw duit sendiri kena tunggu 3 hari !
 
 
=================================================
This is the best part.
 
4- Berapa banyak mesin ATM kat Malaysia ni ?
Dalam setahun, berapa kali anda pergi cucuk duit,
Duit dalam mesin ATM tu dah habis ?
Amat jarang sekali kan.
SOP > semua mesin ATM mesti berisi dengan duit.
Kalau duit habih, Third Party Security Company kena pi bubuh.
* tak sure berapa tempoh masa, tapi mesti ada timeframe.
Bank Rimau ada 2000 ATM Machine di seluruh Malaysia.
Setiap ATM Machine kena ada RM200k dalam tu.
2000 x RM200k = RM400juta.
Setiap bank akan ada department yang menguruskan
pentadbiran ATM mesin nih.
Mereka mesti merangka dan plan cash reserve untuk ATM.
Bank Rimau perlu penuhkan ATM Mesin mereka RM400j,
maka berapa cash reserve mereka perlu ada ?
At least 30% simpanan cash reserve must be
sustain to maintain ATM Mesin.
Semua duit cash dari Branch akan dicollect,
untuk topup masuk ke ATM machine.
Sebab tu Bank takdak duit.
Dia pusing duit sahaja.
Ops jangan lupa, kalau cucuk ATM tak sama kad,
kena caj berapa ringgit ?
RM singgiiiittt !
ATM Machine = untuk mempercepatkan money circulation.
Kalau IBG Transfer = kena caj RM1
Ditarik RM1 tu dari dalam akaun hangpa.
Padan mua.
 
5- Cash Reserve Bank Rimau menurut
sumber berita : RM567billion
banyak kan duit bank ?
banyak atas kertas sahaja. 
but the money circulate around us.
Kita tak tengok lagi bank buat duit atas FOREX.
Spread jualan RM0.04 untuk 1 matawang.
Dagangan matawang = RM10juta everyday.
How much the profit ?
RM0.04 x RM10juta = RM400k per day.
 
6- Siapakah yang paling banyak menyumbang
kepada Cash Reserve Bank ?
Means, Third Party yang collect cash
dari awam , then sumbat masuk ke bank.
Macam biasa, dana tu bank akan niagakan.
Banyak der.
i.e :
- Pengurup Wang Asing
- Syarikat Penerbangan
- Syarikat LebuhRaya
- Syarikat Entertainment
- Syarikat Fast Food
- Utility Company
==================================================
 
 
 
Kesimpulan untuk bank :
 
1- Bank takdak duit sebenarnya.
Mereka just pusing duit customer yand dideposit,
dan circulate around us.
 
2- Di UK, ada akta yang menghalang orang ramai
daripada beramai ramai mengadap Sultan Firaun.
eh.. 
beramai ramai pergi withdraw duit deposit kat bank.
Bank will collapse if all of us pergi serentak keluarkan cash.
 
3- Nak memahami siapa Bank Negara sebenarnya ?
telusuri sejarah Rothschild Family.
or lihat money circulation dalam negara ini from Bird Eye View.
Jangan tengok dari bawah tempurung ye.
belanja video satu untuk hangpa :
http://www.youtube.com/watch?v=tGk5ioEXlIM
===================================
- Ada seorang kawan mai PM kita.
betui ka kalau kita JV dalam project tu,
mereka boleh bagi sekian sekian amount ?
George Soros pun mengaku kalah beb !
- Bank yang institusi kewangan besar pun
boleh kasi below than 10% setahun je bro !
Apesal banyak sangat untung ni bro ?
Itulah namanya mangkuk ayun,
Kecik kecik takmau mengaji ekonomi,
besaq besaq menyusahkan cikgu.

Kisah 1 : Mengapa diwujudkan ASB 2 ?
Untuk membantu Bumiputera ? pftttt..
Untuk collect duit orang ramai untuk 
diniagakan oleh institusi kewangan.
Itu jawapannya.
Untuk kasi nampak baik sikit,
akan keluarkan iklan yang muluk muluk nampak produk itu bagus.
Dont believe what they tell you.
Learn from the inside.
 
Kisah 2 : Siapa yang menguruskan ASB ?
PNB buat untung untuk suku tahun kedua = berbillion ringgit ( ribu juta )
Berapakah jumlah dividen yang diberi
untuk pemegang saham ASB ?
= Ratus juta sahaja.
Still untung lagi, ( Ribu juta ) - ( Ratus juta ) = profit.
Siapa yang boleh kasi saya prospektus
dan laporan kewangan PNB untuk setiap suku tahun ?
Adakah PNB declare berapa keuntungan
yang mereka buat saban tahun ?
Seumur 24 tahun saya hidup,
mereka cuma declare dividen ASB hujung tahun sahaja.
Kalau ada laporan keuntungan PNB,
tunjuk mai kat cek sat aih.
Cek nak baca.
====================================================
High Risk, High Return.
Ramai orang sudah tahu benar akan hal ini.
Nak High Return ?
terjunlah dalam bidang perniagaan.
Rugi sudah tentu, untung belum pasti.
Bermodalkan RM5000, boleh untung RM20,000 dalam masa 6 bulan.
400% increment dalam masa 6 bulan !
But the facts is, ada masa kita boleh rugi. 
Hangus terbakar duit semua sekali,
atau cuma hilang duit untung.
Thats why institusi kewangan kasi sekitar 10% sahaja setahun.
Too tiny dividen compare to their profit.
Why ?
Ingat, institusi kewangan ini ada sistem dan perkiraan mereka.
Dapat RM100juta duit awam, mereka akan trade
sekitar 30% sahaja dari nilai tersebut.
Kalau rugi ? Still have 10 months to go.
Kalau rugi ? Stil have balance 70% more.
====================================================
Dalam FB haritu, ada aku baca tang mana taktau.
Mamat tu kata lagu ni :
Mamat A : Anda beri RM100k kepada HQ untuk beli barang A,
Kemudian HQ beli semula barang A tu pada harga RM200k,
tetapi bayarannya adalah secara bertangguh.
Let say HQ kasi RM20k x 10 bulan = RM200k.
Ingat modal kita pada HQ adalah RM100k.
Breakeven = pada bulan ke 5.
HQ buat ponzi skim ?
Ada RM100k, kasi RM20k bulan pertama : Balance RM80k
Ada RM80k, kasi RM20k bulan kedua : Balance RM60k.
Maka HQ kena cari New Buyer untuk
topup duit untuk bayar duit yang dijanjikan
kepada kita RM200k
Apa yang aku nak bawa ke sini adalah :
Hangpa bagi RM100k kepada ASB,
End up ASB kasi 8% every year = RM8000 sahaja.
RM100k - RM8000 = RM92k lagi duit kita ada kat tangan ASB.
Boleh aku katakan di sini,
Bank dan skim ponzi pa bagai tu sama saja.
Ada lesen ? Dikira HALAL dan SAH.
So, apply la lesen.
Kasi FD RM10juta ke bank,
Bank kasi kita 4% sahaja per year.
Kalau dia rugi ? duit kita still ada 96% lagi kat tangan dia.
Bezanya, BANK adalah institusi yang diberi lesen
untuk memungut duit orang awam dan naigakannya.
Ianya halal wasalan dan sah di sisi undang-undang malaysia.
Orang yang yakin dengan BANK = pergi le tauk duit kat bank.
Orang yang tak yakin = jangan minta macam-macam agreement
black n white pa bagai kat aku ! aku bukan bank !

====================================================
 
Penutup :
Apabila berentap dengan bank,
Keputusan terbaik kita boleh dapat adalah SERI.
Bank always WIN. ( kecuali kes Genneva )
Tak salah aih nak guna kemudahan yang disediakan oleh bank.
Ambik la business loan dengan bank.
Apedehal bayar 11% setahun kalau kita buat profit 400% 6 bulan.
tak salah aih nak guna LC ka, OD ka, CC , Hire Purchase,
Housing Loan pa bagai kat bank tu.
Gunalah. tak salah aih.
Hangpa ingat hangpa guna duit bank = OPM ?
bank pun guna OPM juga = Duit rakyat awam.
Ingat nasihat ini :
Sebarang produk yang dikeluarkan oleh bank adalah
untuk mengkayakan BANK.
Pemuhung besar kalau dia buat iklan muluk muluk
untuk kasi anda berahi serahkan duit kat depa.
Buka Gold Account Saving Book ?
Bagi duit, dapat buku.
Duit hangpa, aku ambik buat meniaga kat aku.
So, silalah tengok pergerakan chart Aurum.
Sementara dia nak naik melepasi harga belian hangpa,
Aku ( bank ) dah buat duit berganda ganda dah.
Facts :
Bank is a BUSINESS ENTITY.
their modus operandi ?
Use your money ( OPM ) to make more money.
 
p/s- ada rakan friendlist saya yang kerja bank bahagian ini :
- managing money for ATM Machine.
- Treasury
- Foreign Exchange Dept.
 
Saya nak berkenalan + kalau cerita di atas tak betui,
ia hanya cerita muhung untuk hiburan saja.
Sudah ditegaskan ianya adalah ‪#‎SembangMuhungChannelNetwork‬ sahaja.