Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Thursday, October 2, 2014

Skim Cepat Kaya dengan cara memberi keuntungan yang tetap dalam pelaburan emas


Ada seorang sahabat bertanya berkenaan 2 pakej skim pelaburan emas. (1) Melabur Rm13500, akan dapat pulangan rm1800 / bulan …selama 11 bln.
(2)Labur rm13000….6%sebuln akn d byr rm780 /bln…yg ni modal tetap ada slgi xkluar…kalu nok kuar kno bg notis sbln.
Jawapan rinkas saya: Ia adalah RIBA dan skim cepat kaya.
Sebab apa riba? Pertamanya, secara umumnya pelaburan di dalam Islam, tidak boleh dijamin keuntungannya. Samada, Mudharabah atau wakalah, mudharib dan wakil tak boleh memberi jaminan modal dan juga keuntungan. Aqad yang bersifat jaminan jumlah modal adalah aqad qard/hutang/loan. Ya, hutang mestilah dibayar balik jumlah hutang, dengan itu ia dijamin. Sekiranya dibayar lebih maka ia adalah riba. Dalam skim pelaburan di atas, modal dijamin, dan pulangan juga adalah dijamin. Dengan itu ia adalah riba.
Riba juga berlaku apabila berlaku jual beli emas secara tangguh. Ulama bersepakat (Ijma) bahawa emas dan perak tidak boleh dijual beli secara tangguh, tidak ada khilaf berdasarkan hadis2 yang sahih. Yang menjadi khilaf ialah jual beli barang kemas yang dibuat daripada emas dan perak dan sudah bercampur bahan lain, ada sesetengah ulama seperti Sheikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim membenarkannya kerana menganggap perhiasan itu bukan lagi dianggap matawang.
Adapun kenapa saya kata ia skim cepat kaya, kerana pertama tidak ada bank atau pengurus dana yang boleh bagi pulangan yang begitu banyak. Kedua, kalaulah seseorang itu berjaya dalam sesuatu perniagaan,mahukan dia berkongsi dengan orang lain. Skim ini akan hancur sekiranya tidak ada pelabur baru.
Nasihat saya, berhati hatilah dalam berurusan dengan pelaburan anda supaya tidak dimurkai oleh Allah kerana riba dan kedua fikirkanlah juga kerugian duit pelaburan yang banyak disebabkan ketamakan, kerana skim cepat kaya tidak akan kekal lama.
Kepada yang suka meggunakan hadis2 ayat ayat al-Quran untuk mempromosikan jualan emas, ingatlah, bahawa tidak ada hadis atau ayat Al-Quran pun yang mewajibkan penggunaan emas sebagai matawang, Islam mengiktiraf emas dan perak sebagai matawang yang sudah lama digunakan sebelum kedatangan Islam. Yang jelas dan qat’i ialah hukum haramnya riba apabila hutang dibayar dengan lebihan, atau pertukran ribawi items sekiranya tidak mematuhi syarat syarat yang ditetapkan, di antaranya apabila berbeza jenis seperti emas dan perak, maka sharatnya mestilah dilakukan secara tunai. Matawang zaman dahulu adalah dirham perak dan dinar emas. satu dinar sama dengan 8, 10 atau 12 dirham. Pertukaran atau pembelian emas dengan perak mestilah dilakukan secara tunai/ cash. Dalam kontek sekarang duit kertas adalah matwang yang sah, dan mengambil hukum yang sama, dengan emas atau perak dari segi boleh berlakynya riba, sah membayar zakat dengannya, sah dijadikan modal mudarabah, bay’ al-salam dll. Dengan itu, emas walaupun dibeli dengan matawang kertas, hukumnya adalah haram dijual beli secara tangguh. Ini adalah keputusan Majma Fiqhi, Badan Fiqh sedunia dan banyak lagi institusi2 fatwa.
Kepada teman-teman yang terlibat, pastikan perniagaan atau skim perniagaan anda patuh Shariah. Kalau ada keraguan, hindarilah perkara yang ada shubhah. Saya tidak berniat menyakitkan hati sesiapa, kerana saya tidak ada kepentingan, kecuali mengajak kepada berpegang dengan hukum syarak.
Pintu taubat sentiasa terbuka. semoga kita tidak dianggap memerangi Allah dan Rasulnya dengan melakukan riba.
Wallaua’lam

sumber

1 comment:

Oleg said...

Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.