Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Wednesday, January 4, 2012

Fenomena 5B di seluruh Malaysia

Sekitar Bengkel Seluruh Malaysia


Pelabur Jutawan

Peserta Bengkel




Makan Pun Sedap


Apa Komen Peserta2 Bengkel 











Bulan Januari jumpa saya di Bengkel 5B & Personal Coaching...


Dalam Pelaburan EMAS & Perak terdapat FENOMENA 5B


1) Bila nak beli?
2)Berapa Banyak Nak beli?
3)Bila Nak Jual ?
4) Berapa Banyak Nak jual ?
5) Bila nak beli BALIK?


Ingin MENDAFTAR???
Renaissane Hotel, Kota Bharu ( 7&8 Jan 2012),

Holiday Inn Melaka ( 15 & 16 Jan), 

Ipoh (22 & 23 Jan) , 

Hotel Vista Kuala Terengganu (28 & 29 Jan)

terhad kepada 20 orang sahaja
BAYARAN RM399 ke Akaun Maybank POKLI WEALTH MANAGEMENT

lepas membuat bayaran boleh email slip kepada admin@pokli.com & Bagi Nama Penuh

019-6645066

Monday, December 12, 2011

Public Gold Adalah Paltform Terbaik Kepada Pelabur Emas dan Perak Fizikal

Public Gold Adalah Paltform Terbaik Kepada Pelabur Emas dan Perak Fizikal

|
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan panduan pelaburan emas fizikal kepada para pembaca sekalian.

Saya kira para pengunjung blog ini, dealer2 dan rakan2 yang pernah berjumpa ataupun menghadiri seminar2 saya telah sedia maklum yang saya adalah seorang Pelabur Emas & Perak fizikal yang memilih produk emas dan perak keluaran Public Gold sebagai produk pelaburan saya.



Minat dan kesungguhan saya dalam bidang pelaburan bermula sejak di bangku sekolah lagi, dan itulah Passion utama saya, sehinggakan saya sendiri sebenarnya tidak pernah bercita-cita untuk menjawat sebarang jawatan ataupun kerjaya melainkan dengan menjadi seorang pelabur sepenuh masa.

Dan sejak saya berusia 21 tahun, saya mula melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pelaburan dengan tujuan untuk mempelajari selok belok, strategi, jenis2 dan konsep2 pelaburan yang baik bagi mencapai matlamat Financial Freedom di usia muda.

Sehingga ke hari ini, saya telah melibatkan diri secara serius dalam bidang pelaburan ini selama kira2 5 tahun dan kini saya seorang pelabur sepenuh masa dengan pendapatan bulanan dari pelbagai  bentuk pelaburan termasuk di bidang pertanian, hartanah, unit amanah dan juga komoditi fizikal emas dan perak.

Sebagai seorang pelabur yang sememangnya serius dalam bidang ini, saya mempunyai beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.



Ianya adalah:

1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian.



Sebagai produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru, variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.

Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.

Di Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.



2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa.




Disebabkan emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual, ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah diantara kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli.


Di Public Gold, harga jualan dan beliannya amat transparent kerana ianya berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live oleh www.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20 minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula dalam jangkamasa pendek dan sederhana.





3- Kadar Spread yang kompetitif.


Kadar spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai tempoh Breakeven (Balik Modal).

Spread yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10% adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.


Di Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8% sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar spread serendah 2 - 5.5% sahaja!




4- Faktor Kecairan




Sebagai pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya masih belum boleh dikatakan sebagai untung.

Justeru, jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan keuntungannya sukar diperolehi.


Dan sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh orang perseorangan.

Di Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka telah teruji sepanjang 3 tahun  perniagaannya, bahkan promosi pada bulan Disember ini mereka turut menawarkan harga terbaik untuk membeli sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan penjualnya.

Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan produk syarikat lain juga!





5- Faktor Mudah Cair


Faktor ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa memandu dari kuala lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual tadi hanya ada satu sahaja di sana.


Jadi, sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya (asalkan harga belian balik sama).

Bermakna saya tidak perlu bimbang jika saya pergi kemana saja di seluruh Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.


Setakat ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000 di seluruh Malaysia.


Ini bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2 masa sahaja.


Paling istimewa adalah, sebagai seorang pelabur saya tidak mempunyai sebarang pesaing kerana keuntungan saya adalah dari emas yang saya Beli dan Jual semula kepada Public Gold, dan bukannya dari komisyen jualan, atau komisyen mencari downline atau merekrut orang baru.


Kerana saya adalah Pelabur Emas dan Perak, bukannya peniaga emas dan perak yang mengaut untung hasil jualan kepada customer, ataupun mengutamakan pendapatan melalui networking yang memfokuskan kepada kemasukan orang baru.


Kenapa saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.

Saturday, December 10, 2011

Bengkel Personal Coaching Di Seluruh Malaysia Buat Pelabur2 EMAS & Perak Public GOLD



Berminat untuk menyertai Bengkel Personal Coaching - Sila buat bayaran kepada RM399 Ke akaun Pokli Wealth Management Maybank 555171003253
dan email slip bayaran kepada admin@pokli.com
MMS slip bayaran kepada 019-6645066

Sekitar Bengkel Di Palm Garden Putrajaya

Hanya Terhad kepada 20 orang PESERTA sahaja

Berkongsi ilmu 5B!!!!!!!!

Thursday, November 24, 2011

Bengkel Personal Coaching Pelaburan Emas & Perak Public Gold

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kepada semua, semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, penurunan harga Emas dan Perak sememangnya dalam jangkaan saya, dan dalam pergerakan harga yang amat tinggi volatilitinya ketika ini, posisi "Buy & Hold" agak kurang menguntungkan berbanding ketika pergerakan harga berada dalam situasi Trending.

Justeru, cara dan teknik pelaburan yang diguna pakai juga perlu diubah mengikut kesesuaian pergerakan pasaran ketika ini.

Samaada anda seorang Investor, lebih-lebih lagi jika anda seorang Trader, kedua2nya memerlukan rancangan pelaburan dan kawalan modal bagi memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko kerugian.

Agak merugikan jika harga turun sedikit anda buat order, turun lagi, anda order lagi, dan bila sampai waktu turun banyak, anda dah kehabisan modal untuk order lagi. Jadi anda perlu mempunyai guideline yang menjadi justifikasi sebelum anda memutuskan untuk menambah order.

Untuk itu, saya akan mengadakan bengkel Personal Coaching, khusus untuk Pelabur dan Trader Gold & Silver Public Gold sahaja. Kenapa hanya Public Gold? kerana sistem yang saya gunakan sejak setahun yang lalu ini sememangnya direka khusus untuk spread dan Trading System yang diguna pakai oleh Public Gold.

Dalam Coaching ini, saya akan mengajar anda bagaimana mahu menentukan paras Harga Sokongan (Support Price) dan juga paras Harga Halangan (Resistance Price), iaitu 2 paras yang menjadi rujukan samaada perlu BELI atau perlu JUAL.


Chart ini saya lakarkan pada hari ahad semalam, dan saya post kan di Facebook. Garisan2 biru itu adalah paras Support dan Resistance, dimana jika harga turun, maka garisan biru yang akan dilepasinya adalah garisan Support.

Pada garisan tersebut wujud kebarangkalian yang tinggi untuk harga berpatah balik dan mendaki semula, dan sekiranya harga melepasi, maka ianya akan turun menuju ke garisan biru yang seterusnya.

Pada column hijau yang saya tandakan Jual itu bermaksud jual kepada Public Gold pada harga PG Buy, dan anda masih untung. Anda boleh lihat sendiri beberapa peluang Jual dan Beli yang mungkin anda terlepas disebabkan tiada guideline untuk dirujuk.

Cuba lihat chart pada malam ini pula :



Silibus bengkel ini adalah :

1- Mengenal paras penting Support & Resistance dan Paras Relatif Harga dengan menggunakan Kalkulator.

2- Mengoptimumkan penggunaan modal, setiap kali berlaku penurunan harga.

3- Mengetahui bila perlu Beli, bila perlu Jual, berapa yang perlu dibeli dan berapa yang perlu di Jual.

4- Membeli Emas dan Perak melalui kaedah Pemurataan Nilai Ringgit (Investor).

5- Membeli dan Menjual Emas & Perak melalui kaedah "Hit & Run" (Trader).

Tiada sebarang penggunaan Indikator yang akan diajar, kerana kaedah ini langsung tidak menggunakan Indikator, sebaliknya hanya perlukan kepada Kalkulator.

Contoh :



Beli 20g x 3 pcs pada harga PG Sell RM3,669.00 pada 28 September 2011.
Beli 1 Dinar x 15 pcs pada harga Sell RM740.




Jual semula kepada Public Gold dengan harga PG Buy minggu lalu RM3,725.00.
Jual semula 1 Dinar kepada Public Gold dengan harga PG Buy RM775.00


Siapa yang perlu hadir?

1- Pelabur Aktif (Active Investor).
2- Trader Aktif (Active Trader).
3- Mahukan keuntungan ketika harga Emas dan Perak turun menjunam, mahupun naik mendaki.
4- Mahukan keuntungan yang cepat dan banyak tanpa perlu menjadi Peniaga, Pelelong dan pemberi Diskaun. Beli dengan harga PG Sell dan Jual pada harga PG Buy dengan untung!

Peralatan yang perlu dibawa?

1- Laptop & Charger.
2- Broadband (Standby jika wi-fi slow).
3- Buku Nota.
4- Kalkulator.

Pastikan anda mahir menggunakan laptop ataupun komputer, supaya Coaching Trading tidak bertukar menjadi tutorial menggunakan komputer pula.

Bengkel ini akan berlangsung selama 2 hari, dan bermula pada bulan Disember ini, saya akan adakan di lokasi2 berikut :

Central :
10 & 11 Dec
Palm Garden Hotel, Putrajaya
http://palmgarden.com.my/cms/
Maksimum peserta 20 orang sahaja

Selatan :
17 & 18 Dec
M-Suite Hotel, Johor Bahru
http://www.m-suites.com/
Maksimum peserta 20 orang sahaja

Utara :
24 & 25 Dec
Eastin Hotel, Penang
http://www.eastin.com/index.php?mid=3367
Maksimum peserta 20 orang sahaja




Rm399 sila buat bayaran kpd 555171003253 pokli wealth management 1st pay 1st serve

Speaker : Pokli & Faizan Pelabur Jutawan

Admin
Pokli
0196645066

Thursday, November 3, 2011

Jom pakat tambah ilmu lagi




saya dah baca buku ...invest sedikit duit untuk tambah pengetahuan...tak rugi...pada yang tak sempat datang seminar or ke kelas emas...why not baca lagi....memang hebattttt............tak cukup lagi pengetahuan tentang emas & perak why not cuba top up ilmu lagi.......

Tuesday, November 1, 2011

Emas Membantu Anak-Anak Yatim Piatu


PELABURAN EMAS FIZIKAL MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN...

>> Tuesday, November 1, 2011



Pelaburan emas fizikal semakin rancak bersama Public Gold..dan sehingga kini telah lebih 15500 orang telah menjadi agen pengedar yang emas fizikal Public Gold ini..


Dalam kemeriahan memperolehi laba keuntungan yang berganda daripada pelaburan emas fizikal dan penjualan emas fizikal ini, syarikat Public Gold juga tidak melupakan pada mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan bantuan..


Sebagai sebuah syarikat Malaysia yang perihatin, Public Gold akan mengadakan  suatu jamuan makan malam sempena menyambut dan meraikan ulang tahun ke 3 kejayaan syarikat disamping menderma dengan menjual tiket makan malam kepada semua ahli dan juga orang ramai .


Hasil jualan tiket akan di dermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) yang ditubuhkan oleh Sultanah Kedah untuk membantu kedua-dua kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal dan orang yang lebih tua memerlukan.


Harga tiket ini bernilai RM150 dan boleh didapati di semua pejabat Public Gold. Saya dan kumpulan saya pun dah beli satu meja untuk 10 orang..Inin bagi saya peluang untuk menyumbang kepada yang memerlukan disamping bertemu rakan -rakan bisnes dalam kumpulan saya dan juga rakan - rakan yang lain..


Oleh itu jika anda nak temui saya, boleh hadir ke majlis ini..Insya Allah..



Nama peniaga yang membeli meja akan menjadi tempat dalam buku khas yang dihasilkan selepas Majlis Makan Malam Gala yang akan diberikan kepada Sultanah.

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan mereka sendiri, kita mempunyai ruang pameran menaja tersedia untuk mempromosikan perniagaan anda di RM3000 booth (3m x 5m).

Rebutlah jadual atau tiket anda dari cawangan terdekat anda sebelum mereka habis dijual. Menunjukkan sokongan anda kepada syarikat itu dan menunjukkan hati emas anda dengan baik untuk membantu golongan yang memerlukan. Butiran adalah seperti berikut:

Tema: A Heart Golden for Charity
Amal Foundation: Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah
Tempat: Sunway Pyramid Convention Centre
Sunway Resort Hotel & Spa, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tarikh: 11 November 2011 (Jumaat)
Masa: 7:30 hingga 10:30
 
 
Berminat untuk bersedekah & beramal untuk anak2 yatim
boleh tempah tempat duduk dengan saya
Pokli 019-6645066
akaun maybank 555171003253