Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Sunday, March 3, 2013

tempat pajak gold bar public gold

assalamualaikum w.b.t

ni pokli nak share tempat2 yg boleh kita pajak emas jongkong public gold

1) Ar Rahn
2) Ar Rahnu Koperasi Tentera ( Kluang, Sg besi & Sg Udang Melaka)

ni contoh harga marhum di Ar rahnu koperasi tentera (Ar Rahnu KT)

contoh anda pajak emas 100g Jongkong Public GOLD

nilai semasa di ar rahnu KT rm173.87 x 100g = RM 17,387.00
pihak Arahnu KT akan bagi 70% dari nilai RM17,387.00
anda akan dapat cash $$$ dalam RM 12 , 170.90
so...duit tu boleh di gunakan utk membeli emas lagi ataupun digunakan saat2 kecemasan

upah simpan sebulan di ar rahnu KT adalah 0.79%
so anda kena bayar upah 0.79% x 17,387.00 = RM137.35 sebulan

pandai2 rolling duit ar rahnu utk saat2 membeli emas masa harga murah....





3) Public Safe

Public Gold juga ada sistem Pajakan dipanggil PSP

Sejak beberapa bulan lalu, penyimpan emas dikejutkan dengan berita Agro Bank tidak lagi menerima pajakan ar-Rahnu untuk gold bar / coin. Ini agak menyukarkan sesetengah penyimpan yang ingin memakai wang jika berlaku sesuatu keperluan mendesak.




Bagaimanapun, baru-baru ini Public Gold telah memperkenalkan sistem yang lebih kurang sama dengan sistem ar-Rahnu Agro Bank. Sistemnya dipanggil Public Safe Program (PSP). Kadar upahnya seperti berikut :-

Upah simpan                    : 0.80 % sebulan
Jumlah wang diperolehi : 65 % daripada nilai semasa emas yang dipajak.(Harga PG Sell)

Jika ambil contoh, kita ingin pajakkan 250 gram emas PG. Nilai semasa ialah RM 43,500.

Upah simpan = 0.80% x 43,500 = RM 348 sebulan
Jumlah wang diperolehi = 65% x 43,500 = RM 28,275.

Tempoh pajakan ialah 6 bulan. Bermakna maksimum 6 bulan, emas perlu diambil semula dengan bayaran RM 28,275 + ( RM 348 x 6) = RM 30,363.

Kalau nak compare dengan pinjaman peribadi, seolah-olah kita ambil pinjaman dengan kadar 9.6% setahun. (0.8% x 12 bulan)

Maknanya, adalah juga option untuk penyimpan emas Public Gold untuk menggunakan wang secara sementara jika berlaku sesuatu keperluan mendesak tanpa perlu menjual emas simpanan mereka.

Bagaimanapun, nasihat saya, jangan tunggu lama untuk menebus. Dikhuatiri kadar upah simpan makin tinggi dan payah nak tebus kembali. Bila ada duit , terus saja dapatkan kembali emas yang dipajak.



untuk belajar lebih boleh datang jumpa saya di seminar pokli seluruh malaysia


Ingin mendaftar sms nama & tempat seminar ke 019- 6645066


ingat emas ingat pokli
019- 6645066

No comments: