Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Thursday, September 3, 2020

promosi pembukaan kedai couriers logistics public post sdn bhd

Promosi pembukaan Public Post Sdn Bhd
Diskaun kos pos laju couriers logistic sehingga 20-30%

Cepat guna perkhidmatan kami

#publicpost
#courier
#poslaju
#logisticscompany
#teampokli

baru belajar berniaga perkhidmatan couriers plak.. Terima kasih sokong kami
citylink.. Skynet menjadi rakan kongsi kami.... Rakan niaga berjaya sama-sama
authorised drop point agent
kami tawarkan diskaun hebat untuk anda.. 20-30% kos perkhidmatan kami
Wowowowowowowowo
support kami yer
Plan nak buka di seluruh MALAYSIA SABAH SARAWAK

Tuesday, October 27, 2015

# 12 Kelebihan Public Gold Yang Perlu Anda Ketahui


# 12 Kelebihan Public Gold Yang Perlu Anda Ketahui


Sebelum anda mula menyimpan emas, anda pasti ingin memilih produk yang memenuhi ciri-ciri berikut bukan?
1. Harga murah dan berpatutan
2. Emas yang berkualiti tinggi
3. Syarikat yang mempunyai rekod yang terbaik
Jika jawapan anda adalah YA terhadap ketiga-tiga soalan di atas, maka saya cadangkan anda memilih Public Gold sebagai platform simpanan emas.

Kenapa Public Gold merupakan pilihan terbaik?
Di sini saya akan senaraikan 12 sebab kenapa Public Gold merupakan pilihan terbaik untuk anda.

1. Harga yang jauh lebih murah berbanding kedai emas/Bank.

2. Kos permulaan yang rendah.

3. Pelbagai pilihan produk.

4. Emas Public Gold berkualiti antarabangsa.

5. Emas Public Gold tidak dikenakan GST.

6. Susut nilai emas Public Gold sangat rendah.

7. Jaminan belian balik emas bila anda ingin menjual.

8. Boleh digadaikan di Arrahnu POS.

9. Brand emas yang sangat popular di Malaysia.

10. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia

11. Anda boleh beli/jual balik emas secara online 24 jam.

12. Boleh maksimakan keuntungan jika anda menjadi agen.


Kesimpulan:

Setelah mengetahui 12 kelebihan Public Gold, anda pasti rasa yakin dengan dengan reputasi dan kelebihan produknya.
Kenapa? Jawapannya saya sendiri telah membeli produk Public Gold sejak tahun 2009 sehingga hari ini.
Ini adalah buktinya.
Jumlah belian pertama saya RM30,130.00....
fast action fast result

Tuesday, June 16, 2015

Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Sekarang semakin banyak permintaan beli emas untuk dijadikan hadiah. Bukan sahaja sebagai maskahwin, tetapi untuk hadiah-hadiah yang lain juga. Pernah ada sebuah sekolah contact saya, mereka mahu beli gold bar 1 gram Public Gold untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Memang bijak idea mereka – hadiahkan emas!

Siapa nak berikan hadiah dalam nilai sekitar RM160 – RM200, hadiahkanlah emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia juga mempunyai nilai sentimental tersendiri, dan nilainya akan sentiasa mahal sepanjang zaman. Ia pasti lebih mengujakan dan menjadi kenangan berharga oleh sesiapa sahaja yang menerimanya.

Masalah Hadiah Dibazirkan


Bila ada emas yang bersaiz kecil dan cantik ini, kita dah tak perlu pening kepala nak beli hadiah apa. Hadiahkan sahaja emas ini. Tak ada orang yang tak suka dengan emas. Tetapi kalau kita beli hadiah-hadiah bentuk lain, mungkin ada orang tak minat atau tak perlukan hadiah itu.

Tak percaya, cuba tengok hadiah-hadiah yang orang bagi masa majlis kenduri kahwin sesiapa sahaja. Saya pasti, bukan sahaja hadiah itu tak digunakan, bahkan banyak yang berlonggok di rumah ibubapa dan mentua! Ia satu pembaziran…

Saya sendiri pun sama. Bila terima hadiah, memang banyak yang saya tak gunakan. Waktu kerja dahulu, ramai orang bagi hadiah pen – bermacam-macam jenis pen. Tetapi saya tetap guna pen yang saya selesa, dan pen-pen yang dihadiahkan itu banyak yang tersimpan dan banyak juga yang rosak dan terpaksa dibuang! Ia lagi satu pembaziran…


Semua Orang Sukakan Emas

Berbeza kalau kita terima emas sebagai hadiah. Semua orang sukakan emas. Ia boleh dijadikan harta bagi penerimanya. Kalau perlukan duit suatu hari nanti, ia boleh dijual untuk dapatkan tunai. Berbeza dengan berikan hadiah wang tunai. Kalau hadiah duit, duit itu akan habis dibelanjakan sekejap sahaja. Tetapi kalau hadiahkan emas, emas tu akan disimpan. Ia akan jadi ‘sentimental value’ bagi penerimanya, dan ia juga bernilai sepanjang zaman.
Bagi saya, emas sesuai untuk dijadikan apa sahaja jenis hadiah, temasuklah;

Hadiah kecemerlangan (pelajar, pekerja)
Hadiah perkahwinan (maskahwin, pengantin baru, anniversary)
Hadiah birthday (kelahiran baru atau sambutan hari lahir)
Hadiah perayaan (duit raya, ang pow)
Hadiah majlis perpisahan (farewell)
Hadiah cenderahati jemputan (penceramah, tetamu kehormat)
Hadiah tetamu koperat (client, bisnes partner, affiliates, VVIP) – boleh buat custom design untuk syarikat sebagai hadiah untuk tetamu koperat (tempahan minimum 5 kilogram).

Kalau nak beli emas untuk dijadikan hadiah, saya boleh jamin, gold bar 1 gram Public Gold ini paling murah dalam pasaran berbanding gold bar keluaran syarikat lain, apatah lagi yang dijual di kedai emas.

Bajet Nilai Hadiah Emas
Untuk bajet hadiah, saya boleh syorkan item di bawah, atau boleh juga dengan kombinasi item di bawah yang bersesuai dengan bajet:

RM160 – RM200 -> Gold bar 1 gram
RM320 – RM400 -> ½ dinar (bersamaan 2.125 gram)
RM800 – RM900 -> Gold bar 5 gram

Jadi pilihlah mana-mana item dan design yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Public Gold keluarkan pelbagai design mengikut musim. Ia sesuai dijadikan koleksi, hadiah dan juga sebagai pelaburan emas. Boleh semak design semasa di Facebook Page Public Gold International Bhd.
Gold bar 1 gram design Classic
Gold bar 1 gram design Wedding
Gold bar 1 gram design Birthday
Gold bar 1 gram design Hari Raya 1436H

Tips Beli Emas Harga Murah
Untuk item yang kecil-kecil (iaitu gold bar 1 gram, gold bar 5 gram, 1/2 Dinar) keluaran Public Gold Gold, saya syorkan beli melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program).- www.tinyurl.com/gappwm .Ia jauh lebih murah berbanding beli terus secara cash and carry di cawangan Public Gold. Contohnya hari ini, gold bar 1 gram RM180, tetapi melalui GAP hari ni cuma RM151 + RM5 caj premium. Itemnya sama, cuma kaedah belian sahaja berbeza.
Harga GAP 1 gram hari ini – 2 Jun 2015.
Harga gold bar 1 gram untuk belian secara “cash and carry” hari ini. Kesemua item yang tersenarai ini lebih murah kalau dibeli melalui kaedah GAP.
Walaupun begitu, harga RM180 itupun sebenarnya sudah murah berbanding gold bar 1 gram di kedai-kedai emas. Semalam saya survey harga gold bar 1 gram di kedai emas sekitar Sg. Buloh, harganya RM195 sekeping. Tetapi Public Gold cuma RM180. Kalau beli melalui GAP, hari ini tak sampai pun RM160.
1/2 dinar Public Gold (berat  2.125 gram)
Gold bar 5 gram

Menaikkan Imej Syarikat Dengan Emas
Bagi syarikat koperat (atau individu) yang mahukan custom design, anda boleh cadangkan kepada syarikat untuk membuat tempahan khas dengan meletakkan logo atau identiti syarikat anda sendiri. Ia boleh menaikkan imej syarikat anda di mata penerimanya.
Pengalaman semasa bekerja dahulu, saya perhati, bajet tahunan syarikat untuk menempah hadiah koperat memang besar, tetapi masalahnya, kebanyakkan hadiah koperat ada masalah tersendiri seperti; tak sesuai dengan penerima, hadiah tersebut rosak (yang pastinya mencalarkan imej syarikat), bahkan ada yang tak boleh disimpan lama sebab ‘trend’ yang berubah-ubah.

Jadi dengan membuat custom design gold bar dengan imej koperat, ianya tidak ada lagi ‘tarikh luput’, tiada masalah tentang “trending”, dan tiada masalah barang itu rosak atau lapuk. Emas tetap emas dan ia tetap bernilai dan relevan dijadikan sepanjang zaman.
Tempahan Custom Design Untuk Korporat

Pokli Wealth Management boleh menerima tempahan untuk custom design kalau bajet minimum 5 kilogram (i.e. nilai sekarang ini sekitar RM750,000). Boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation harga sebenar (sebab harga berubah mengikut harga emas dunia) serta urusan tempahan custom design, tetapi saya boleh bagi anggaran harganya sekitar harga GAP semasa + RM15 per gram berserta caj upah untuk design sijil ketulenan RM3,000 one-off.

Emas yang syarikat anda akan dapat itu bebas GST sebab ianya diiktiraf peringkat antarabangsa oleh LBMA (London Bullion Market Association). Maksudnya, ia jauh lebih murah dan lebih ‘high standard’ berbanding tempah di kedai emas, insyaAllah.

Akhir sekali nasihat saya, kalau kena dengan bajet, jangan pening kepala membeli hadiah. Hadiahkanlah emas, pastinya penerimanya lebih gembira dan lebih menghargai hadiah tersebut, dan elakkan pembaziran… insyaAllah.
Wallahu a’lam.

Hj Pokli
019-6645066

Tuesday, April 7, 2015

10 dirham sebanyak 300 keping utk di jual

Dirham Cantik untuk dijadikan Hadiah @ Hantaran

10dirham rare item...ada 300 keping..1 world....nak perabis stok.....rare item...

10 dirham 999 perak sekali dgn box & kad ketulenan 

sesuai utk 
hadiah....cenderahati....zakat...mas kahwin.... 

berminat whatsapp 017-6665497 .....

MYR99 
pos laju RM7

total RM106

berminat boleh buat bayaran RM106 kepada akaun maybank pokli wealth management 555171003253

apabila telah membuat bayaran sila hantar maklumat anda seperti
nama, alamat, email, telefon ke 017-6665497
06-6307797









Sunday, April 5, 2015

Nombor Telefon Baru - Wisma Pokli

Assalamaualaikum w.b.t

Harap Maklum pertukaran nombor wisma pokli telah ditukar kepada nombor baru bermula 6 April 2015....Nombor Baru adalah 06-6307797.  Anda boleh simpan nombor wisma pokli di dalam telefon anda....waktu operasi adalah 10.00 pagi - 7.00 petang. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 017-666 5497 @ 019-6645066

Terima Kasih

Wisma Pokli
101 Jalan S2F2, 1 Avenue
Garden Homes, Seremban 2
70300 N.Sembilan
06-630 7797
www.facebook.com/pokliwealthmanagement

017-666 5497 (whatsapp)
019-6645066

Seminar April 2015

Thursday, April 2, 2015

Cari Guru Pelaburan, Bukan Salesman

Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tapi ilmu kita tentang emas itu yang boleh mengkayakan kita. Kekadang ada bakal pembeli emas ‘gertak’ untuk minta itu ini dari saya sebagai pra-syarat untuk dia membeli emas dan berdaftar di bawah saya, seolah-olah saya terlalu terdesak hingga sanggup gadaikan prinsip dalam berniaga. Dia tak tahu, lebih ramai yang menyesal sebab tak dapat introducer yang betul. Ia bukan soal komisyen yang introducer (seperti saya) dapat, tapi yang lebih penting, mereka perlukan GURU yang boleh bagi panduan yang betul tentang pelaburan emas. Emas tak ada apa-apa makna tanpa ilmu.

Ada orang membeli masa harga mahal sebelum ini, tapi dia sentiasa happy samada harga naik atau turun. Ada orang beli emas, harga emas turun seringgit dua (per gram) pun dah berkeluh kesah. Bila harga emas naik 2, 3 ringgit, datang pula rasa menyesal sebab tak membeli masa harga rendah. Jadi mereka sentiasa dihantui perasaan keluh kesah dan menyesal tak kira harga emas naik atau turun. Semuanya kerana ilmu. Dia tak faham apa yang dia buat. Yang dia tahu, dia cuma ada emas! Dia fikir, emas itu yang membuatkan dia kaya, sedangkan ILMU itu lebih mahal daripada emas itu sendiri.

Antara Ejen Salesman dan Guru
Untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, itulah risiko sebenar melibatkan diri dalam mana-mana pelaburan. Untuk dapatkan ilmu yang betul, tentunya kena dapatkan daripada guru yang betul. Bagi saya, satu kerugian besar kalau beli emas Public Gold tanpa introducer yang boleh kita jadikan guru. Pengalaman saya, RAMAI introducer (dealer emas) yang cuma sekadar salesman. Mereka akan LEPAS TANGAN bila pembeli emas dah berdaftar bawah mereka sebab mereka tahu, suka tak suka, pembeli emas itu tetap berada di bawah mereka sampai mati (sebab syarat Public Gold tak boleh tukar introducer)! Sekali berdaftar bawah mereka, “bye-bye”…

Masa tu baru kita boleh kenal wajah sebenar mereka. Mesej tak lagi berbalas, call tak lagi berjawab, email tak lagi ber-reply, bahkan yang tinggalkan bisnes Public Gold pun ramai. Pembeli emas terkontang-kanting mencari panduan, dan terpaksa cari dealer macam saya untuk dijadikan “ayah angkat” bila-bila terdesak untuk dapatkan rujukan. Saya terpaksa layan setakat yang boleh, tapi keutamaan saya semestinya kepada pembeli-pembeli emas di bawah saya sebab mereka semua “anak kandung” saya sendiri.

Ejen Yang Mengkayakan Kita

Pesan Robert Kiyosaki, ejen atau “broker” boleh membuatkan kita kaya, tapi “broker” juga boleh membuatkan kita jadi “broke” (pokai)! Jadi Kiyosaki nasihatkan, jangan melabur melalui ejen sembarangan. Bila nak melabur, carilah ejen yang boleh kita jadikan GURU. Walaupun mungkin mereka bukanlah top ejen (top salesman!), yang penting mereka fokus upgrade ilmu mereka, amanah dan bertanggungjawab dalam memberikan nasihat. Bukan ejen yang jadikan kita sebagai “anak buangan” lepas mereka dapat duit (komisyen) dari kita.

Robert Kiyosaki ada berikan beberapa tips memilih ejen dalam bukunya. Beberapa kriteria ejen yang boleh kita dapatkan ilmu daripadanya, antaranya;

#1 – Melabur dalam produk yang mereka jual
Kalau mereka jual emas, mereka juga adalah penyimpan dan pelabur emas tegar. Bukan sekadar berdaftar RM1,000 sebagai ejen, tapi mereka sendiri tak menyimpan emas! Mereka hanyalah salesman emas. Ejen begitu, kita hanya dapat beli emas, tapi kita tak dapat ILMU. Mereka tak faham perspektif kita sebagai pelabur, dan mereka tak dapat berikan nasihat yang betul tentang pelaburan.

#2 – Fokus apa yang mereka buat
Kalau mereka jual emas, mereka hanya jual emas sebagai pelaburan. Kalau emas mereka jual, unit trust pun jual, insuran pun mereka jual, bah semua benda mereka jual, ejen begitu sebenarnya tak fokus dengan apa yang mereka buat. Mereka tak betul-betul “pakar”. Mereka tak mampu jadi guru. Samada ejen tu part-time atau full-time, itu bukan persoalannya. Yang penting, mereka mesti fokus dan komited dengan apa yang mereka buat.

#3 – Bina hubungan jangka panjang
Mustahil untuk faham sesuatu ilmu secara one-off. Kalau baca buku pun, biasanya bila baca kali ke-2 dan ke-3, kita akan dapat kefahaman berbeza atas ilmu yang sama. Lagi diulang bacaan, lagi faham. Jadi nak melabur, cari ejen yang boleh wujudkan hubungan jangka panjang. Bila kita ada apa-apa persoalan, mereka boleh guide kita dari semasa ke semasa. Bukan ejen yang cuma berhubung untuk satu urusniaga sahaja.

#4 – Amanah dan bertanggungjawab
Pengalaman saya, orang yang paling pakar dalam apa-apa instrumen kewangan ialah ejen. Bukan kakitangan syarikat pelaburan atau pensyarah universiti yang ada Phd sekalipun. Ejen bukan sahaja tahu selok belok produk kewangan yang mereka jual, tapi mereka faham kehendak / keperluan kita sebagai customer.


Kalau nak belajar tentang takaful, carilah ejen takaful. Kalau nak belajar unit trust, carilah ejen unit trust. Kalau nak belajar hartanah, carilah ejen hartanah. Kalau nak belajar tentang emas, carilah ejen yang menjual emas. Merekalah orang yang paling pakar untuk berikan nasihat kepada kita. Cumanya, bukan senang nak cari ejen yang boleh beri nasihat demi kepentingan poket kita. Kebanyakkannya mementingkan poket mereka sendiri berbanding kepentingan kita.

Jadi bila terima nasihat dari ejen, jangan terus telan bulat-bulat. Fikir dulu baik-baik. Pesan Warrent Buffet (pelabur terhandal di dunia), katanya; “never ask a barber if you need a haircut”… Jangan tanya tukang gunting samada kita perlu gunting rambut atau tidak. Semestinya nasihat tukang gunting akan ‘bias’ sebab memang dia cari makan dengan menggunting rambut! (“,)
Wallahu a’lam.


NOTA PENTING
Sebelum KALI PERTAMA beli emas Public Gold, cari dulu siapa introducer yang anda percaya. Sekali anda berdaftar di bawah introducer tu, ia akan KEKAL SAMPAI MATI. Jadi jangan beli emas (dan jangan berikan maklumat peribadi) kepada dealer sembarangan sebab Public Gold tak benarkan tukar introducer bila dah berdaftar. Introducer mungkin akan memberikan kesan langsung dengan pelaburan emas anda. Peranan paling penting yang anda perlukan dari seorang dealer (introducer) Public Gold ialah:
Khidmat nasihat berterusan tentang pelaburan emas. Dealer yang aktif biasanya up-to-date dengan apa-apa perkembangan tentang pelaburan emas dan Public Gold. Tanpa dealer, kita mungkin akan ‘ketinggalan’.
Memudahkan proses jual beli dengan Public Gold. Kalau ada apa-apa masalah dalam urusan jual beli, mungkin introducer boleh membantu. Dealer lebih tahu apa yang perlu dibuat, dan dengan siapa kita boleh berurusan.
Perkara paling best, anda tak perlu bayar satu sen pun untuk dapatkan introducer (dealer). Ianya percuma. Samada anda beli emas berdaftar dengan introducer atau tanpa introducer, harganya tetap sama. Tak ada beza. Bezanya cuma, anda akan dapat lebih ‘advantage’ berbanding mereka yang tiada introducer.

Kalau anda nak letak nama saya sebagai introducer, gunakan kod saya PG000079 Haji Mohd Fazli Ismail semasa PERTAMA KALI membeli emas dengan Public Gold. Kalau lupa kod saya, berikan sahaja no. telefon saya dan minta staff Public Gold tolong semakkan. Saya benarkan sesiapa meletakkan nama saya sebagai introducer TANPA perlu minta kebenaran. Yang penting, lepas buat belian, maklumkan kepada saya 019-6645066 (wassap, sms).

Saya tak layan sesiapa yang nak tukar introducer kepada saya lepas dah berdaftar dengan introducer yang lain sebab saya menghormati ‘hak’ introducer yang lain. Suka tak suka, introducer pertama itu ialah ‘ibubapa’ kita dalam dunia Public Gold.
‪#‎kredit‬ to Mohd Zulkifli Shafie

Thursday, January 8, 2015

Strategi Pelaburan Emas 2015

Strategi Pelaburan Emas 2015


Post image for Strategi Pelaburan Emas 2015
Cabaran utama pelaburan emas pada tahun 2015 ialah perlaksanaan GST (Good & Services Tax) yang akan bermula pada 1 April 2015. Mana-mana negara, bila cukai GST dikenakan, pasaran emas akan terjejas teruk samada barang kemas atau emas pelaburan. Emas tak lagi menarik untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan sebab kosnya dah meningkat. Cuba bayangkan, kita terpaksa bayar lagi kos tambahan 6% daripada harga emas yang kita beli, sedangkan komisyen dealer emas Public Gold seperti saya pun cuma 1% – 2% sahaja! Maksudnya, kos tambahan 6% bagi emas tu sangatlah besar.
Selain susut nilai emas, kos simpanan emas, dan kos logistik untuk hantar atau ambil emas yang saya anggarkan sekitar 8% – 15%, kita terpaksa bayar lagi 6% dan menjadikan kos pemilikan emas sebenar boleh mencecah 20% daripada nilai emas tu sendiri! Bila kos sudah 20%, kalau harga emas naik 20% setahun (tapi jarang-jarang berlaku), maksudnya kita baru balik modal! Belum lagi untung. Jadi inilah cabaran penyimpan atau pelabur emas fizikal di Malaysia tahun 2015 yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Salah Faham Pengecualian GST

Pada 13 Oktober 2014, secara rasminya kerajaan keluarkan senarai barangan yang dikecualikan GST, ia termasuk emas pelaburan. Jadi ramai pengeluar emas salah faham tentang senarai itu. Mereka fikir semua emas ketulenan 99.5% dan ke atas akan dikecualikan GST! Sedangkan, hanya emas 99.5% yang mempunyai standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST. Emas yang lain, masih dikenakan GST walaupun emas berketulenan 99.99%! Fakta ini memang telahpun disahkan oleh Public Gold sendiri dengan Jabatan Kastam.
Jadi sekarang ni, hampir kesemua gold bar dan dinar Public Gold ditukar kepada emas yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association), kecuali Bungamas dan Taifok. Dan Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai emas LBMA-nya tersendiri buat masa ini.
publi gold bar LBMABentuk gold bar dengan pengiktirafan LBMA
Dinar 999.9 dengan pengiktirafan LBMA

Kelebihan Dan Kekurangan Emas LBMA

Secara ringkasnya, ini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan emas LBMA untuk makluman sahabat pembaca:
Kelebihan emas LMBA Public Gold
  1. Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%
  2. Emas ini diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.
  3. Ianya sangat cantik, nampak high-class, dan saya yakin kita bangga memiliknya. Emas LBMA ni menyelesaikan rungutan pembeli emas Public Gold sebelum ni tentang packaging yang rendah standard.
Kekurangan emas LBMA Public Gold
  1. Emas ini berseal kekal. Kalau buka plastik seal tu, Public Gold hanya akan beli balik sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 15%.
  2. Emas ini diterima oleh banyak ar-rahnu, tapi kebanyakkan ar-rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 15%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
  3. Susut nilai lebih tinggi sedikit.
  4. Gold premium lebih tinggi sedikit.

Strategi Pelaburan Emas 2015

Jadi dengan perkembangan terbaru ni, apa yang pembeli emas Public Gold perlu tahu dan pertimbangkan beberapa strategi penting, antaranya;

#1 – Gold Bar dan Dinar Sama Sahaja

Tak ada beza dari sudut (1) ketulenan, (2) harga per gram, dan (3) spread / susut nilai. Jadi kalau orang tanya saya mana yang lebih baik untuk pelaburan, gold bar atau dinar? Jawapan saya sama sahaja.

#2 – Gold Premium Dikenakan Di Penang

Kalau dulu, semua item pembelian Public Gold di Penang akan dikecualikan caj “gold premium”, tapi sekarang, pembelian di Penang juga dikenakan caj “gold premium”. Ini disebabkan Public Gold menanggung kos yang lebih besar untuk tempah emas tersebut dari kilang yang diiktiraf LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri (Turkey), dan dibawa masuk ke Malaysia.
Jadi kalau sahabat pembaca beli emas untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi, pertimbangkan item yang gold premiumnya lebih rendah. Contohnya, gold bar 1 gram RM5 sekeping. Kalau 10 keping, kita kena bayar RM50, tapi kalau gold bar 10 gram x 1 keping, gold premium cuma RM10 sahaja. Jimat RM40! Tapi kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, emas yang item lebih kecil lebih baik walauupun gold premiumnya lebih tinggi.

#3 – Kaedah GAP Mungkin Terbaik

Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item.

Contohnya, kalau beli gold bar 1 gram dengan kaedah biasa (lock harga atau cash & carry), harga hari ni kita perlu bayar RM165. Tapi kalau beli menggunakan kaedah GAP, kita hanya perlu membayar RM141 + RM5 gold premium. RM5 tu kita cuma bayar masa nak ambil emas tu nanti di office Public Gold.

Jadi kalau nak beli emas, cuba bandingkan dulu harga GAP dengan harga emas per item yang dipaparkan di website Public Gold. Kalau harga GAP lebih rendah, lebih baik beli cara GAP. Harga GAP disemak mengikut harga jam 12.00 malam setiap hari, sedangkan harga per item disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

#4 – Bungamas dan Tai Fook Mudah Untuk Pajakan

Bagi yang masih nak beli emas Public Gold yang tak berseal untuk memudahkan pajakan, kita masih boleh beli gold bar Bungamas dan Tai Fook. Ia masih bebas dari GST kalau beli sebelum 1 April 2015.
bungamas tai fook public goldGold bar Bungamas dan Tai Fook Series keluaran Public Gold
Saya dapat tahu, Public Gold akan terus jual dua produk tak berseal ini walaupun dikenakan GST nanti. Harga, susut nilai, dan ketulenan gold bar Bungamas dan Tai Fook sama sahaja berbanding emas LBMA. Bezanya cuma ia tak berseal dan bakal dikenakan GST. Jadi kalau nak jimat, borong banyak-banyak dari sekarang! (“,)

#5 – Tukar Dinar 916% kepada Dinar 99.99

Sekarang, Public Gold dah tak jual dinar berketulenan 91.6%. Ia digantikan dengan Dinar LBMA yang berketulenan 99.99%. Ia lebih cantik, lebih mahal sebab ketulenannya lebih tinggi, dan paling penting, ia dikecualikan GST.
Bagi pemilik dinar 916, Public Gold jamin beli balik emas tu, jangan risau. Public Gold masih paparkan harga di website. Sila rujuk harga “PG Buy” 1 Dinar 916 di website. Harga “PG Sell” tu dah tak relevan sebab emas tu dah tak dijual lagi. Bila “PG Sell” dah tak relevan, spread / susut nilai pun dah tak relevan. Jadi kalau nak jual coin 5 dinar x 1 keping, rujuk harga “PG Buy” darab dengan 5 sahaja.
harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM
Bagi yang nak tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9, Public Gold sekarang buat promosi. Kita cuma perlu tambah RM60 untuk setiap 1 dinar. Saya buat anggaran kos, perbezaan sebenar harga 916 dan 999.9 untuk berat 4.25 gram ialah sekitar RM45. Bila ditambah dengan gold premium RM5 untuk 1 dinar, kos sebenar sekitar RM50. Jadi kalau Public Gold caj RM60, bagi saya KOS TAMBAHAN yang kita perlu tanggung sebenarnya sekitar RM10 sahaja. Ia sangat murah.
Promosi tukar dinar 916 kepada dinar 999.9
Cuma saya tak pasti kaedah ini patuh syariah atau tak sebab ia seolah-olah trade-in emas yang sama beratnya. Jadi buat masa ni, saya masih simpan syiling-syiling dinar 916 saya. Rasa sayang nak jual atau trade-in sebab ia senang untuk pajakan ar-rahnu dan mungkin boleh dijual sebagai “rare item” tak lama lagi.

#6 – Beralih Kepada Syarikat Emas LBMA

Nasihat terakhir saya ni mungkin agak keterlaluan. Tapi secara jujurnya, saya syorkan semua pembeli emas pelaburan jenama yang bukan LBMA, sila tukar kepada syarikat emas yang ada produk LBMA sendiri mulai sekarang!
Syarikat yang jual emas bukan LBMA akan bermasalah. Jualan mereka akan jatuh mendadak! Dan tentunya pembeli emas akan terkena tempias ‘kerugian’ tersebut. Buat masa ini, pilihan yang ada cuma emas Public Gold, atau emas jenama antarabangsa yang lain seperti Pamp Suisse, Canadian Maple Leaf, dan lain-lain jenama antarabangsa yang dijual oleh UOB Bank.
Bagi saya, pilihan yang paling baik untuk tahun 2015 ini bagi pembeli emas pelaburan di Malaysia hanyalah Public Gold. Ia senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.
Jadi itulah strategi-strategi penting yang pelabur emas di Malaysia (terutamanya pembeli emas Public Gold) perlu pertimbangkan untuk tahun 2015 ini. Mudah-mudahan artikel ini dapat beri pencerahan tentang prospek pelaburan emas di Malaysia diambang pelaksanaan GST, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
ada soalan boleh PM / wasap 019-6645066

kredit to Ustaz Zul