Mentor Pelaburan EMAS & PERAK Fizikal

Tuesday, June 16, 2015

Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Sekarang semakin banyak permintaan beli emas untuk dijadikan hadiah. Bukan sahaja sebagai maskahwin, tetapi untuk hadiah-hadiah yang lain juga. Pernah ada sebuah sekolah contact saya, mereka mahu beli gold bar 1 gram Public Gold untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Memang bijak idea mereka – hadiahkan emas!

Siapa nak berikan hadiah dalam nilai sekitar RM160 – RM200, hadiahkanlah emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia juga mempunyai nilai sentimental tersendiri, dan nilainya akan sentiasa mahal sepanjang zaman. Ia pasti lebih mengujakan dan menjadi kenangan berharga oleh sesiapa sahaja yang menerimanya.

Masalah Hadiah Dibazirkan


Bila ada emas yang bersaiz kecil dan cantik ini, kita dah tak perlu pening kepala nak beli hadiah apa. Hadiahkan sahaja emas ini. Tak ada orang yang tak suka dengan emas. Tetapi kalau kita beli hadiah-hadiah bentuk lain, mungkin ada orang tak minat atau tak perlukan hadiah itu.

Tak percaya, cuba tengok hadiah-hadiah yang orang bagi masa majlis kenduri kahwin sesiapa sahaja. Saya pasti, bukan sahaja hadiah itu tak digunakan, bahkan banyak yang berlonggok di rumah ibubapa dan mentua! Ia satu pembaziran…

Saya sendiri pun sama. Bila terima hadiah, memang banyak yang saya tak gunakan. Waktu kerja dahulu, ramai orang bagi hadiah pen – bermacam-macam jenis pen. Tetapi saya tetap guna pen yang saya selesa, dan pen-pen yang dihadiahkan itu banyak yang tersimpan dan banyak juga yang rosak dan terpaksa dibuang! Ia lagi satu pembaziran…


Semua Orang Sukakan Emas

Berbeza kalau kita terima emas sebagai hadiah. Semua orang sukakan emas. Ia boleh dijadikan harta bagi penerimanya. Kalau perlukan duit suatu hari nanti, ia boleh dijual untuk dapatkan tunai. Berbeza dengan berikan hadiah wang tunai. Kalau hadiah duit, duit itu akan habis dibelanjakan sekejap sahaja. Tetapi kalau hadiahkan emas, emas tu akan disimpan. Ia akan jadi ‘sentimental value’ bagi penerimanya, dan ia juga bernilai sepanjang zaman.
Bagi saya, emas sesuai untuk dijadikan apa sahaja jenis hadiah, temasuklah;

Hadiah kecemerlangan (pelajar, pekerja)
Hadiah perkahwinan (maskahwin, pengantin baru, anniversary)
Hadiah birthday (kelahiran baru atau sambutan hari lahir)
Hadiah perayaan (duit raya, ang pow)
Hadiah majlis perpisahan (farewell)
Hadiah cenderahati jemputan (penceramah, tetamu kehormat)
Hadiah tetamu koperat (client, bisnes partner, affiliates, VVIP) – boleh buat custom design untuk syarikat sebagai hadiah untuk tetamu koperat (tempahan minimum 5 kilogram).

Kalau nak beli emas untuk dijadikan hadiah, saya boleh jamin, gold bar 1 gram Public Gold ini paling murah dalam pasaran berbanding gold bar keluaran syarikat lain, apatah lagi yang dijual di kedai emas.

Bajet Nilai Hadiah Emas
Untuk bajet hadiah, saya boleh syorkan item di bawah, atau boleh juga dengan kombinasi item di bawah yang bersesuai dengan bajet:

RM160 – RM200 -> Gold bar 1 gram
RM320 – RM400 -> ½ dinar (bersamaan 2.125 gram)
RM800 – RM900 -> Gold bar 5 gram

Jadi pilihlah mana-mana item dan design yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Public Gold keluarkan pelbagai design mengikut musim. Ia sesuai dijadikan koleksi, hadiah dan juga sebagai pelaburan emas. Boleh semak design semasa di Facebook Page Public Gold International Bhd.
Gold bar 1 gram design Classic
Gold bar 1 gram design Wedding
Gold bar 1 gram design Birthday
Gold bar 1 gram design Hari Raya 1436H

Tips Beli Emas Harga Murah
Untuk item yang kecil-kecil (iaitu gold bar 1 gram, gold bar 5 gram, 1/2 Dinar) keluaran Public Gold Gold, saya syorkan beli melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program).- www.tinyurl.com/gappwm .Ia jauh lebih murah berbanding beli terus secara cash and carry di cawangan Public Gold. Contohnya hari ini, gold bar 1 gram RM180, tetapi melalui GAP hari ni cuma RM151 + RM5 caj premium. Itemnya sama, cuma kaedah belian sahaja berbeza.
Harga GAP 1 gram hari ini – 2 Jun 2015.
Harga gold bar 1 gram untuk belian secara “cash and carry” hari ini. Kesemua item yang tersenarai ini lebih murah kalau dibeli melalui kaedah GAP.
Walaupun begitu, harga RM180 itupun sebenarnya sudah murah berbanding gold bar 1 gram di kedai-kedai emas. Semalam saya survey harga gold bar 1 gram di kedai emas sekitar Sg. Buloh, harganya RM195 sekeping. Tetapi Public Gold cuma RM180. Kalau beli melalui GAP, hari ini tak sampai pun RM160.
1/2 dinar Public Gold (berat  2.125 gram)
Gold bar 5 gram

Menaikkan Imej Syarikat Dengan Emas
Bagi syarikat koperat (atau individu) yang mahukan custom design, anda boleh cadangkan kepada syarikat untuk membuat tempahan khas dengan meletakkan logo atau identiti syarikat anda sendiri. Ia boleh menaikkan imej syarikat anda di mata penerimanya.
Pengalaman semasa bekerja dahulu, saya perhati, bajet tahunan syarikat untuk menempah hadiah koperat memang besar, tetapi masalahnya, kebanyakkan hadiah koperat ada masalah tersendiri seperti; tak sesuai dengan penerima, hadiah tersebut rosak (yang pastinya mencalarkan imej syarikat), bahkan ada yang tak boleh disimpan lama sebab ‘trend’ yang berubah-ubah.

Jadi dengan membuat custom design gold bar dengan imej koperat, ianya tidak ada lagi ‘tarikh luput’, tiada masalah tentang “trending”, dan tiada masalah barang itu rosak atau lapuk. Emas tetap emas dan ia tetap bernilai dan relevan dijadikan sepanjang zaman.
Tempahan Custom Design Untuk Korporat

Pokli Wealth Management boleh menerima tempahan untuk custom design kalau bajet minimum 5 kilogram (i.e. nilai sekarang ini sekitar RM750,000). Boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation harga sebenar (sebab harga berubah mengikut harga emas dunia) serta urusan tempahan custom design, tetapi saya boleh bagi anggaran harganya sekitar harga GAP semasa + RM15 per gram berserta caj upah untuk design sijil ketulenan RM3,000 one-off.

Emas yang syarikat anda akan dapat itu bebas GST sebab ianya diiktiraf peringkat antarabangsa oleh LBMA (London Bullion Market Association). Maksudnya, ia jauh lebih murah dan lebih ‘high standard’ berbanding tempah di kedai emas, insyaAllah.

Akhir sekali nasihat saya, kalau kena dengan bajet, jangan pening kepala membeli hadiah. Hadiahkanlah emas, pastinya penerimanya lebih gembira dan lebih menghargai hadiah tersebut, dan elakkan pembaziran… insyaAllah.
Wallahu a’lam.

Hj Pokli
019-6645066

No comments: